09 July 2010

Akhirnya 9bulan muncul jua...

Salam semua...
Pejam celik, pejam celik rupanya hari ni kandungan aku dah masuk 9 bulan. Bermaknanya orang kata dah cukup bulan. Menghitung harilah ni...Adoiii...berdebar-debar rasa dihati. Tapi dalam masa yang sama, excited jugak...menunggu kehadiran 'si kecil' dalam rumahtangga kami yang bakal menjangkau 2 tahun ni. Persiapan ' si anak' telah aku buat dengan rapi. Aku akan bersalin di Hospital Kuala Lumpur sama ada secara normal atau caesaran. Terpulanglah pada keadaan aku macam mana nanti. Ada jugak minta dengan doktor 2 minggu lebih awal dari tarikh due. Segala-galanya aku berserah je pada Allah. Semoga dia permudahkan urusan aku bila tiba masa bersalin nanti. 
Mengenai persiapan baby, banyak jugaklah yang aku dah beli. Dan aku hanya beli mana yang penting sahaja. Sebab selebihnya suami aku akan beli di JB semasa aku dalam pantang nanti. Antara barangan baby yang dah aku siapkan adalah:
1) Baju & seluar baby ( berpasang2...ada yang terlebih saiz)
2) Sarung tangan & kaki (6 pasang aku beli, mak aku beli lagi 3 pasang)
3) Topi Snow Cap (pink aku beli, putih mak aku beli...)
4) Lampin kain (12 helai)
5) Lampin pakai buang NB (beli 28pcs dulu...)
6) Selimut bayi (aku beli 1pcs, Syikin bagi 1pcs)
7) Tuala mandi ( 2pcs aku beli)
8) Tuala muka
9) Minyak Telon ( Yuyi Cap Limau...favourite aku!)
10) Barut Cartoon (mak aku kata special sebab ada gambar cartoon!)
11) Toilettries Anakku & Johnson 
12) Kelambu Disney Pooh
13) Bantal peluk & bantal kepala (mak aku jahitkan..!!!)
14) Alas getah Fiffy (2pcslah plak..!!!)
15) Botol susu kecil (mak beli untuk breastfeeding aku!)

Buat masa ni tu je kelengkapaan baby yang aku dah ada. Semalam baru dapat survey tilam kekabu yang berkenan di hati. Rasanya sesuai untuk anak aku. Macam aku tak perlulah beli katil bayi ke, playpen ke sebab benda2 tu nampak macam membazir. Lagipun rumah aku kecil je...tak muat nak letak barang-barang tu. Cukuplah sekadar tilam untuk keselesaan anak aku nanti.