30 June 2010

Detail Scan MFM di HKL (34w5d)

Salam semua,
Pagi tadi seawal 7.30pagi aku ngan Kodecq dah bertolak ke HKL untuk buat detail scan lagi. Nasib baik tak ramai orang. Aku orang yang ke-3 tunggu. So far, setakat ini baby aku dalam keadaan baik. Cyst aku masih ada lagi cuma tak mengganggu pembesaran bayi dalam perutku itu. Aku pun bertanya pada pakar tentang tarikh due aku. Ikutkan aku mahukan tarikh 26/7/2010 tapi memandangkan pakar kata aku boleh bersalin normal, maknanya harapan nak dapatkan tarikh bersalin tu agak kecewalah. Tapi tak kisahlah...kalau bersalin normal lagi bagus. Boleh aku ikat perut aku dengan bengkung untuk kembali slim (wahhh...slim ke selama ni? Ahaks...)

Lepas tu aku bertanya pada pakar lagi berapa berat anak aku sekarang. Beliau bagitahu berat baby sekarang adalah 2.9kg....Mak ai..!!! Beratnya!!! Patutlah aku makin susah nak bergerak sekarang. Huhuhuhu...Tapi pakar cakap itu kira normal sebab dah nak masuk 9 bulan dah. Berat normal mesti 3kg ke atas...Sabar ye, sayang! Tak lama je lagi sayang ibu akan keluar...Tak sabar nak tengok ayah & ibu ye...!!! Ibu pun tak sabar menunggu kelahiran sayang. Ayah pun sama...Kami sama2 tunggu sayang lahir ke dunia tak lama lagi...!!! (Sedihlah plak part ni....huhuhuhuhu...)

23 June 2010

Dish malam tadi...

Salam,
Hehehehehehe...ngah boring ni! Tu yang keje mengupdate blog je kat opis ni. Tambah plak lunch time...Saje je nak story pasal lauk malam tadi. Aku rasa aku dah lama tak masak lauk after balik keje atas alasan terlalu penat. Tambah pula dengan order kek yang banyak memang menghadkan masa memasak aku di rumah. Tapi wekeend aku still masaklah...Macam wekeend lepas, aku masak Kari Daging, sayur kobis goreng, telur goreng + budu...Memang dah lama nak masak kari daging tu...So, malam tadi aku pun masak lauk simple tapi sedap 'Ayam Masak Black Pepper' kegemaran aku dan hubby...cuma terlebih cili, so agak pedas sikit....

Lepas tu, aku pun merajinkan diri aku sekali lagi. Atas permintaan hubby aku pada hari ahad hetu, aku buatkan dia sebiji Kek Pisang. Nasib baik kek pisang ni simple je nak buat, main campak2 je...lepas tu bakar dalam sejam then dah boleh makan. Senang je...hasilnya tengok gambar di bawah...!!!
Gebu tak kek pisang ni???
 Setelah dipotong untuk di bawa ke office....!!!

21 June 2010

Trimester terakhir...33 minggu!

Heni genap kandungan aku berusia 33 minggu iaitu 8 bulan 1 minggu. Ini bermakna tak lama aku bakal bergelar ibu pada bulan depan. Aku nak sangat bersalin sekitar minggu ke 38 iaitu jatuhnya pada tarikh perkahwinan aku (26/7/2010). Bermakna lagi 5 minggu je ke tarikh itu.Berdebar-debar jugak hati aku ni untuk menempuh saat itu. Semakin hari semakin membesar perut aku sehingga tidurku benar-benar terganggu. Kalau malam mesti 2@3 kali mesti aku ke tandas buang air kecil. Sebelum tidur, mesti aku suruh Kodecq urut belakang aku. Aduuuiii...inilah cabaran menjadi ibu mengandung. Baru kutahu bukan senang hendak memikul tanggungjawab itu. Sakit2 sana, sakit2 sini...!!! Apa yang aku harapkan kelahiran bayiku nanti semoga dia sihat hendaknya. Mungkin kami tak mampu memberi dia keselesaan dari segi wang ringgit. Tetapi insyallah aku akan mendidik dia menjadi anak yang berguna.

16 June 2010

Kerja separuh hari

Semalam(15/6/2010) keadaan aku semakin 'worst'. Kesakitan yang melanda seluruh badan aku memaksa aku mengambil cuti separuh hari. Tak tertanggung rasanya badan aku untuk duduk lebih lama di pejabat. Betullah kata orang, bila kandungan sudah masuk bulan ke-8 ni kena banyak berehat. Tapi aku plak makin banyak tempahan kek dari customer sehingga aku terpaksa menolak. Yang aku ambil sekarang hanyalah repeat order dari customer yang pernah order dengan aku. Minta maaf kepada customer baru, saya tak dapat ambil tempahan anda buat masa sekarang kerana keadaan saya yang tidak mengizinkan ini. 
Walaupun ini pengalaman pertama mengandung, aku rasa bahagia sekali. Bila terasa pergerakan si anak di dalam perutku tak sabar rasanya nak melihat si kecil ini di dunia. Pastinya aku mengharapkan kehidupan aku lebih bahagia dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.Aku juga mengharapkan suami aku telah bersedia menjadi ayah kepada seorang 'puteri' tidak lama lagi.

14 June 2010

Badan semakin meletihkan...!

Adoiii...macam mana ni? Badan makin tak larat nak bawak rasanya. Minggu ni plak macam kena cirit birit je. Sikit-sikit nak ke tandas...Ni pun ada rasa nak terkucil gak tapi kutahan je. Tempahan masih lagi aku ambil. Tapi untuk minggu ini aku cuma ambil mana yang aku mampu je. Aku tak nak kelihatan tamak dengan mengambil banyak tempahan kek tetapi hakikatnya badan aku yang merana. Kandungan yang telah masuk bulan ke-8 ini memaksa aku lebih banyak berehat je. Syukurlah kandunganku sekarang agak stabil berbanding mula2 dahulu. Lepas ni aku kena buat persiapan untuk anakku pula. Actually semua persiapan dah siap, cuma nak memperkemaskan barang-barang baby dan barang2 aku je. Barang-barang aku sendiri belum lengkap. Kelengkapan ibu pun masih belum dicari. Entah bila agaknya dapat membeli belah kelengkapan aku pulak.

03 June 2010

Rezeki baby dalam perut....Alhamdulillah!!!

Hai bloggers,
Dua minggu tak update blog sendiri. Naik lemas dah...Hehehehehe...Sebenarnya, latelay ni agak sibuk dengan tempahan orang. Setiap minggu mesti ada tempahan yang masuk. Tu yang agak busy sikit. Hari2 biasa plak sibuk cari customer. Iklankan kat mudah.comlah, kat facebooklah...haiii macam2 lagilah...Malam ni pun ada tempahan lagi untuk di hantar ke Puchong dan Tropicana Selatan...Alhamdulillah, aku anggap tu semua rezeki babyku yang bakal lahir tak lama lagi...Ikutkan penat memang penat...Tapi demi mencari wang lebih dan menggunakan masa yang ada, ku gagahkan jua diri ini walaupun sekarang sudah 31 minggu pregnancy...

Berkat minat dan sentiasa mencuba, akhirnya Kek Marble aku mula mendapat perhatian ramai. Terutama sekali kepada kawan-kawan yang kerap menempahnya dari aku. Ada juga customer yang tempah bila tengok iklan aku dalam mudah.com dan facebook...