10 December 2009

Terima kasih atas KurniaanMU...



Pertama sekali aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana setelah usia perkahwinan aku mencecah 1 tahun 4 bulan, aku menerima berita bahawa aku telah berbadan dua. Syukur yang teramat sekali... Alhamdulillah...!!!! Just nak berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kejadian ni aku kesan masa aku balik kampung. Aku sepatutnya period balik pada 26hb November. Disebabkan aku ni memang ontime je kalau period, hari tu aku dah rasa pelik. Sentiasa masuk toilet untuk check kalau-kalau ada pertumpahan darah berlaku. Sampai jek kat sana, aku ajak hubby aku pergi pasaraya untuk beli 'roti kering'.. Standby jelahkan kot-kot manalah tahu kuar malam tu...mana nak cekau??

Aku terus menghitung hari demi hari. Dalam hati ini timbul satu perasaan yang menakutkan jugak. Pelik...!!! Nak sedapkan hati sendiri, aku pun pergilah farmasi untuk beli pregnancy test. Balik rumah tu aku tak terus buatlah... Relax2 dulu...tengok nur kasih..Habis je Nur Kasih, aku terus menjalankan ujian kehamilan itu. Berdebar-debar rasa hati. Bila dah settle jek...aku terus bawak kit tu ke depan.. Aku panggil hubby aku. Aku suruh dia baca instruction dulu. Hubby aku tu kalau kelam kabut, English pun dia tak faham. Dia kena baca slow-slow dulu pas tu aku baru bagi dia tengok. Itupun setelah lebih dari 5 minit barulah dia faham instruction bagitahu. Lepas tu dia senyum-senyum...Aku dah takut dah...Aku tanya dia, macam mana? Dia kata ada dua line kat situ...Yahoooo....!!!! Akhirnya termakbul juga impian aku nak bergelar ibu akan datang..

Aku harap kandunganku akan sihat begitu juga dengan aku. Aku harapkan dengan kehamilan ini dapat menceriakan lagi rumahtangga aku dan dapat menyiapkan aku dan hubby untuk bergelar MAMA & PAPA tidak lama lagi...Amin!!!


09 December 2009

Happy Birthday, My True Friend...

Hari Sabtu(5/12/2009) lepas segalanya tak dirancang. Kawan baik aku, Anne datang ke Kuala Lumpur dengan teman lelakinya untuk menyambut hari jadinya yang ke 27 pada 6/12/2009. Dengan tak merancang apa-apa, masing-masing buat keputusan untuk ke Bangsar makan western yang paling sedap kat situ.Tempat yang selalu aku makan dengan hubby aku. Seperti biasa, aku akan set CHICKEN CHOP BLACK PEPPER, hubby and bf Anne plak pilih LAMB CHOP BLACK PEPPER & Anne; birthday girl amik set BLACK PEPPER FILLET STEAK. Actually, Si Anne dah tersilap pilih. Dia ingat set yang dia amik tu set ikan. Last2 sampai daging steak. Terpaksa jugaklah dia makan slow2.. Nasib baik sedap.. Malam tu plak semua set nampak banyak giler. Aku plak selalunya nampak macam tak cukup tapi malam tu cam susah nak habis...Cuma aku punya jek yang bukan grill, so bila set datang semua berdesir2 panasnya...

2 orang sahabat baik...BFF
 
Persahabatan kami selama 14tahun++
 
Chicken Chop Black Pepper - its mine!!!
 
Sungguh menyelerakan...Yummy...yummy...!!!
 
Lamb Chop Black Pepper - hubby & BF anne punya...!!!
 
 
Black Pepper Fillet Steak - Besday Girl punya...!!!

Muka orang kekenyangan....!!!


Lepas dah makan tu, kitorang pun gerak plak pergi ke Danau Kota. Jalan-jalan ngan Anne & boyfriend dia best. Boyfriend dia pun tak kekok nak bergaul dengan kitorang. Cuma aku rasa sikit dizzy sebab ramai sangat orang malam minggu kat situ.(nanti aku cite kenapa aku rasa pening...)..Apa-apa pun Anne pun enjoy malam tu... BF dia hadiahkan kemeja dan seluar jeans pilihan Anne. Aku plak malam sebelum tu, dah belikan dia hadiah. Aku belikan dia selipar CROCS warna oren...  I wish you happy birthday..Semoga cepat-cepat bertemu jodoh dengan Angah.....

*Aku nak bagi suggestion sesapa yang teringin nak makan western yang paling sedap, kat sinilah tempatnya. Area Bangsar bersebelahan dengan Bangsar Village 2. Nama kedai tu Station 1. Harga dia tak mahal jika korang bandingkan makan kat Kenny Rogers ke, TGI Friday's ke... Sos Black Pepper dia paling memikat hati.

01 December 2009

Perjalanan yang begitu menyeksakan...Erggghhh!!!

26 November 2009
Perjalanan balik raya haji ke Tanah Merah kali ini cukup menyeksakan. Mana taknye..dengan ketidakpuasan hati aku dipaksa balik ke sana dengan tak buat persiapan apa-apa. Baju pun main sumbat dua tiga helai jek. Baju kurung, tudung, telekung semua aku tak bawak. Cuti pun last minit mintak dari bos. Dalam kereta pun aku diam seribu bahasa. Proteslah kononnya... (memang protes pun...!!!).

Perjalanan kali ini memang menduga aku yang buat pertama kalinya balik dalam keadaan yang sungguh teruk. Bayangkan jammed dari simpang ke Bentong hinggalah masuk ke pekan bentong. Paling teruk sekali kat Jalan Lipis-Gua Musang... Adoii.. aku pun tak tahu apa masalah yang berlaku kat depan sana. Jalan sikit pas tu berhenti, jalan sikit pas tu berhenti.. Masak aku dalam kereta...Member hubby plak jenis tak nak pasang aircond... Berpeluh2 aku dalam kereta dia... Kiranye perjalanan kat situ slowlah...


Tengoklah ni...!!!
Berderet-deret pulang ke kampung...!!!


Jammed yang tidak diketahui puncanya...!!!

Black Pepper Chicken




Entry kali ni adalah lauk yang sangat simple. Taklah simple sangat. Sebab lauk ni 2 in 1.. Ayam dan sayur dicampur sekali. Tak payah pening2 nak masak lauk lain. Aceli, lauk malam tadi. Macam biasalah hubby aku kalau dengar lauk yang berkaitan black pepper je, dari tak lapar terus jadik lapar...!!! Boleh tambah nasi 2 pinggan tu...!!! Stok black pepper pun banyak, so aku masak yang ni jelah.. Ada gak ikan kembung goreng cicah ngan budu...

Bahan-bahan:
200gm isi ayam
2 sb serbuk lada hitam
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi (ikut suka nak pedas)*
1 sb tepung jagung(memekatkan kuah)
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
kacang panjang
karrot
putik jagung
Buah tomato (belah 4)

Cara memasak:
1. Tumiskan bahan * sehingga garing. Masukkan ayam dan sedikit air.
2. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, kicap hitam, garam dan aji kedalam kuali.Kacau rata.
3. Masukkan sayur-sayuran keras dahulu dan masak sehingga agak empuk.
4. Masukkan tomato dan tuangkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga kuah jadi pekat.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

18 November 2009

Jom tengok wayang - 2012

Fuyooo...!!! Macam mana nak aku gambarkan? Akhirnya malam tadi dapat jugak aku menonton wayang filem 2012 kat Sunway Pyramid bersama hubby aku. Tiket dah booking so tak payahlah risau nak beratur, just pi jek kat booking counter dan terus amik tiket. Lepas amik tiket tu kitorang pergi makan dulu kat KFC.. Yelah, kat Sunway tu mana restoran yang murah2.. Semuanya mahal2 belaka... Kitorang amik set jom jimat jek + Chezzy Wedges(my feveret snack kalau kat KFC...)... Memang jimat!!!!

Tapi yang kelakarnya kitorang dapat seat no 4 dari depan... Bengang pun ada... Tapi apakan daya, seat tak boleh pilih... itupun nasiblah dapat seat... Yang paling boring bila ada satu family tu siap bawak budak kecik.. Padahal filem ni dah diklasifikasikan sebagai PG13... tidak sesuai tontonan 12 tahun ke bawah... Bodoh betul family yang bawak tu... Tak pasal-pasal memekak jek dalam panggung tu... Aku rasa nak sound jek mak budak tu... Dia khayal tengok wayang tapi anak dia bising dia buat bodoh jek.... Geram sungguh!!!!

Filem kali ni benar-benar buat aku tersentak jiwa. Ketakutan melanda dalam diri aku sebaik saje kemusnahan berlaku. Rasa insaf serta merta... Menangis dalam diri melihat bencana 'End Of The Day' sekiranya berlaku pada suatu hari nanti. Subhanallah...!!!

Kisahnya mengenai seorang ahli Geologi yang bernama Adrian Hemsley telah pergi ke India pada tahun 2009 menemui satu kajian menunjukkan letusan matahari akan berlaku. Dia menganggarkan kerak bumi semakin nipis apabila tibanya tahun 2012 di mana dunia akan musnah pada tarikh 21 December 2012. Setiap pergerakan dalam kerak bumi telah diukur sejauh mana ianya akan meletus. Pelbagai usaha
di jalankan oleh kerajaan bagi memastikan bencana ini tidak berlaku. Sementara itu, penulis Jackson Curtis telah membawa anak2nya ke satu tempat di mana tempat itu adalah markas tentera. Akhirnya, pada tarikh 21/12/2012 telah berlaku bencana yang dasyat di seluruh dunia. Berlakunya gempa bumi berskala richter 9.4sr, tsunami di lautan dan gunung berapi meletus. Ramai pihak atasan cuba menyelamatkan orang2 kenamaan untuk dihantar ke negara China. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Jackson Curtis bersama keluarganya akan terselamat dari bencana itu? Dapatkah Adrian Hemsley menyelesaikan misinya itu?

Korang pilah sendiri tengok filem tu... Betapa tersentaknya jiwa korang bila menyaksikan filem ini... Aku sempat gak menoleh ke belakang panggung untuk melihat reaksi penonton dalam panggung itu. Semuanya begitu khusyuk sekali termasuklah hubby aku. Sampai dia tahan kencing tak nak keluar panggung...!!!Ahahahahakkss..!!!

Filem ni memang filem negara luar. Bukan aku nak mengagung2kan filem ni. Sekadar mengambil ikhtibar dan muhasabah diri mengenai cerita ini. Bayangkan diri kita apabila berada dalam suasana bencana seperti itu. Kita akan tahu kita akan kehilangan orang yang tersayang. Anak akan kehilangan bapa dalam sesuana yang cukup hiba. mengucapkan selamat tinggal yang pasti tidak akan berjumpa lagi... Kita fikirlah sendiri..!!!

17 November 2009

Bubur Kacang Seleraku



(Ni gambar orang..tapi sodap ni..!!!)

Samalah aku masak hari Sabtu gak.. Actually, bubur kacang hijau ni salah satu favourite dessert aku. Pantang jumpa...kat rumah orang kawin ke, kat kedai ke, mesti aku tangkap satu. Baru2 ni kedai makan yang selalu aku makan tu (Ikan Bakar Berempah Kuchai Lama...best makan situ..!!!) adalah bagi customer dia semangkuk bubur kacang durian. Aku dapatlah semangkuk jugak... Tapi tak puas sebab sedap sangat. Sebabkan dah biasa makan kat situ, aku pun suruh Hubby beli RM1 nak bawak balik opis. Hubby cakap makcik tu tak jual...Last2 makcik tu bagi free jek... Thank you, makcik!!! Esoknya, aku pun masak sendiri... Baru puas hati.. Nak makan bermangkuk2 pun boleh...!!! Cuma aku tak letak durian..

Bahan-bahan:
100gm kacang hijau(rendam semalam)
3/4 ketul gula melaka
2 sudu gula pasir(optional)
1 sk garam
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Sedikit sagu putih(optional)
2 cawan air

Cara penyediaannya:
1. Rebus kacang hijau sehingga pecah kulitnya dan air tinggal sedikit.
2. Masukkan gula melaka yang telah di hancurkan ke dalam periuk. Masukkan gula pasir.
3. Letak daun pandan beserta santan. Bubuh garam dan letakkan sedikit air.
4. Masukkan sagu yang direndam ke dalam bubur kacang itu dan tutup api setelah sagu bertukar warna.
5. Sedia di hidang panas atau sejuk.

16 November 2009

Asam Pedas Ikan Pari Mamak Style



Gambar copy from resepi diana tapi rupa memang sama macam aku masak...!!!

Hari Sabtu aku masak lauk yang dah lama aku tak masak- ASAM PEDAS IKAN PARI MAMAK STYLE....Tapi sekali aku masak, Hubby aku menambohhhh nasi berulang2... Berselero betul dia makan..Cicah plak ngan sambal kicap limau... Fuhh...!!! Aku pun rasa happylah sebab dia makan banyak. Pi pasar kat Old Town, PJ... terasa nak masak asam pedas ikan pari. Nasib baik jumpa ikan pari yang ok. Balik je aku terus masak. Satu rumah bau tumisan asam pedas aku. Hehehehehe....tu orang sebelah takde, kalau ada mesti jeles gile... Amik bau jelah...!!!! Lauk ni ada ala2 mamak sikit sebab ada campuran halba. Tu yang buat terangkat giler...!!! Sampai lupa amik gambar... Gambar ihsan dari resepi diana... TQ!!!

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari
2 sk halba campur
Sedikit daun kesom
Sedikit daun kari
1 biji buah tomato(potong 4)
1 batang serai(diketuk)
1 mangkuk air asam jawa
Garam, gula & perasa

Bahan Mesin:
10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis halba campur, daun kari dan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Setelah naik minyak, masukkan air asam jawa, ikan pari dan semangkuk lagi air ke dalam periuk.
3. Setelah mendidih, masukkan garam, gula & perasa diikuti dengan daun kesum dan buah tomato.
4. Tutup api dan sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan sambal kicap perahan limau kasturi.

2012 International Widget

Cite nih.. Aku tak sabar nak menonton cite ni sebenarnya... Aku try booking tiket wayang kat Mid Valley tapi semuanya SOLD OUT... Giler ar...Tengok thriller dia pun nampak best...!!!! Tapi esok(17/11/2009) aku dah dapat booking by phone untuk tengok cite ni kat Sunway Pyramid pukul
8.30 malam...I follow..!!! Kalu korang dah tengok, inform kat aku macam mana cite dia... Tak sabar nak pi tengok ni... Mintak2lah Hubby tak kena keje overtime....(please abang..jangan keje petang esokkk....!!!!)

12 November 2009

My Cheese Cake

Seperti biasalah, ini percubaan pertama aku membuat MARIE CHEESE CAKE.. Sebelum ni aku dah pergi rumah kak Asma tengok dia buat kek ni. Malam tadi plak aku pi beli bahan-bahan dan terus buat. Aku nekad jelah buat sebab risau takut tak jadi. Dahlah bahan2 kek ni mahal. Sia2 jelah kalau beli tapi kek tak jadi... Tapi alhamdulillah, kek ni menjadik jugak...Dalam ngantuk2 aku buat kek ni...Mulut tersangap2 menahan ngantuk. Tapi kuteruskan jua...Selamat mencuba...!!!

Bahan-bahan:
250gm cream cheese
4 sudu tepung superfine
1 sudu tepung jagung
1 sk esen vanilla
3 sb jus lemon
1 sb parutan lemon
3 biji telur
1/2 bungkus biskut Marie
2 sb mentega
1 cawan gula kastor
1 cawan jem strawberry

Base (Bahagian bawah)
- Hancurkan biskut Marie.
- Gaulkan bersama mentega dan masukkan kedalam loyang yang telah digriskan mentega dan pedapkan 
   biskut itu.
- Setelah itu, masukkan ke dalam peti ais( bahagian atas)

Kek ( Bahagian atas)
- Panaskan oven 180'C selama 10 minit
- Putarkan cream cheese bersama gula kastor sehingga benar-benar kembang
- Masukkan jus lemon dan parutan lemon
- Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan tepung. Guna teknik kaupbalik sahaja.
- Masukkan adunan kedalam base biskut tadi dan bakar selama 45minit atau sehingga masak.
- Tunggu sejuk barulah di masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Sapukan jem strawberry dan sedia untuk di makan...








09 November 2009

Kuih Lapis


Macam biasalah entri baru... kali ni tangan ni rajin nak buat kuih lapis. Sebenarnya nak rasmi periuk kukus baru. Aku baru beli kat Chow Kit minggu lepas ngan kawan aku- Kak Asmaliza aka mak andam aku... Hhahahahaha....So, resepi yang paling senang nak buat, kuih lapislah...Buat kul 10pm pukul 11mlm dah siap....Nah, aku kongsi resepi ni...!!!

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir (ikut manis tahap mana..!!!)
2 cawan santan
1 cawan air masak
1 sk garam
1 sk pewarna merah (sirap ros)
1 sk pewarna hijau (pandan)

Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan kecuali pewarna ke dalam blender.
2. Panaskan pengukus sehingga air mendidih.
3. Sapukan minyak atau mentega ke dalam loyang bulat.
4. Bahagi adunan kepada dua adunan. Satu bahagian letakkan pewarna merah dan satu lagi warna hijau.
5. Letakkan satu senduk lapisan merah di dalam loyang danm kukus selama 5 minit. Buat berselang seli warna hijau sehingga habis.
6. Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit dan tunggu sejuk barulah dipotong...


Nilah kuih lapis yang telah dipotong....!!!

05 November 2009

Nasi Lemak & Kuih Keria

Takde apa yang special pun aku masak heni. Cuma masak nasi lemak & buat kuih keria jek. Tingin nak makan nasi lemak buatan sendiri sebab dah lama tak masak. Selalunya asyik dok beli orang punya sampai tekak ni pun dah naik jelak. So, apalagi aku pun merajinkanlah diri ke dapur malam tadi buat sambal tumis telur dan kuih keria. Tapi agaknya kuih keria aku tak berapa nak menjadilah... Penat sangat kot badan... So, pagi tadi aku goreng nugget, ikan bilis & kacang jelah...Tanak nasi sekali. Cuma kali ni aku tambah halba & bawang putih dalam nasi lemak aku tu. Malaslah nak bagi resepi...korang pun pandai
masakkan...???


Bekalan di hari tua... Ahaks...!!!

Masih bersemadi dalam kuali....!!!

04 November 2009

Muffin with Filling Chocolate



Muffin with Chocolate Filling
Hahhh... Malam tadi dengan kerajinan aku yang terserlah aku telah membuat adunan Muffin with Chocolate Filling. Wahh... siap ada filling tu...!!! Aceli, ni projek aku yang pertama kali. Hubby aku pun terperanjat bila dia tengok aku buat muffin. Dia igt aku nak buat kek lagi. Aku pun main belasah je bahan-bahan yang aku letak. Apa-apa pun, aku memang enjoy buat muffin ni apatah lagi bila tengok dia mengembang cantik...Atas dia tu aku letak chocolate chip, more merrier...!!! Check this out...!!! Layan resepi nih...!!!

Bahan-bahan: (Anggaran dlm 26pcs)
180gm butter
150gm gula kastor
220gm tepung gandum{ayak}
1 sk esen vanilla{ayak}
1 sk baking powder{ayak}
1 sk soda bikarbonat
80ml susu segar
2 biji telur
Cawan muffin
1 botol cokelat chip

Chocolate Filling:
30gm serbuk koko
1 sb butter
5 sb susu pekat

Cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanilla & telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan susu segar berselang seli dengan tepung. Kacau lagi sehingga benar-benar sebati.
3. Filling: Campurkan bahan-bahan kedalam periuk kecik dan cairkan di atas api dapur. Sejukkan..
4. Panaskan oven dengan suhu 180'C selama 10 minit. Sudukan 1/3 adunan ke dalam cawan   
    muffin. Letakkan filling chocolate ke dalam adunan. Tutup dengan 1/3 adunan lagi ke dalam
    adunan.
5. Taburkan dengan chip coklat di atas muffin dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Redaikan di atas dulang dan sejukkan. Boleh di makan di waktu minum petang.

Kek Marble Sinar Pelangi



Hahh... amacam? Ada teruja tak tengok kek aku ni?? Hehehehehe.... sesapa yang tengah mengidam tu jangan makan hati ye sebab tak dapat makan kek aku yang gebussss nie... Anyway, kek ni baru jek aku buat malam ahad yang lepas (1/11/2009)...Selalu aku buat dua colour je... Tapi kali ni aku buat warna-warni plak...3 kaler jek...!!! Hubby aku bawak pergi opis dia sampai licin bekas tupperware dia cakap...Sampai dia pun tak sempat merasa.... Ahakkkss..!!! Kalau korang nak resepi, layan jek kat
KEK MARBLE HATIKU tu... Resepi sama cuma tambah pewarna PINK & HIJAU...Buat selapis-lapis sampai habis... Ikut korang nak lebihkan kat adunan mana.... Chayokkk2...!!!! Layan lagi gambar2 kat bawah nih....!!!

Nilah rupa setelah dipotong.... Yummy...!!!

Ready to eattt....!!!

26 October 2009

P1W1MAX - Rangkaian Broadband Wayarles Terpantas




Akhirnya, aku berjaya jugak mencari broadband internet untuk dipasangkan di rumah. Semalam aku ngan hubby berjalan-jalan sambil membeli-belah dekat Plaza OUG. Bila dah habis membeli tu, aku pun ternampak ada orang buat promosi P1 W1MAX. Sememangnya aku & hubby nak cari broadband yang murah untuk main kat rumah. Setelah banyak giler soalan aku kat Salesman P1 tu, akhirnya aku pun daftarkan nama hubby aku sebagai pengguna. Sebab apa aku pilih P1:
  • Percuma RM100 hingga 3 bulan akses broadband (Maknanya, aku tak perlu bayar RM100 selama 2 bulan. Itu dah menguntungkan aku)
  • Walaupun aku cuma amik pakej Bulanan RM49 tapi everything's fine.
  • Percuma WIFI diberikan. So, sesapa yang ada laptop tu, boleh datang umah aku.. hehehehe!!!

23 October 2009

Kek Marble Hatiku

Hari ni aku nak kongsi resepi ngan korang KEK MARBLE HATIKU... Actually, nak buat kek nilah yang paling senang. Aku dah buat berpuluh kali kek ni. Siap hadiahkan kat orang, mak, akak tempah, bagi kat atuk sedara aku kat kg. Semua puji sedap...(angkat bakul ni...!!!) Yelah, kalau tak sedap takkan ada orang nak tempah kat aku?? Hehehehehe... Ada gak yang bagi cadangan suruh buat bisnes kek ni. Tapi aku macam belum bersedia...Nantilah.. Kalau ada permintaan yang tinggi, baru aku berani mula... Check this out....!!!!

Bahan-bahan:
250gm mentega
210gm gula kastor
5 biji telur ayam
1 s/k esen vanila
150ml susu segar (Magnolia Fresh Milk)
230gm tepung gandum}
1 s/k baking powder} ayak bersama
30gm serbuk coklat

Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan ringan. Kemudian masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar.
3. Teruskan memukul adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk coklat dan satu lagi dibiarkan adunan asal.
5. Panaskan oven 180'C selama 10 minit. Loyang digriskan dengan lebihan mentega dan ditaburkan sedikit tepung gandum.
6. Sudukan adunan putih dan coklat secara berselang seli dan kelihatan berbelang. Buat sehingga selesai.
7. Bakar adunan selama 50-60minit dengan suhu 180'C.


Actually, ni kek permulaan aku. Maka taklah berapa nak cantik sangat...
Huhuhuhu....tapi rasanya sedappp..!!!

21 October 2009

Mee Rebus Johor

Sabtu lepas(17 October 2009) aku teringin benar nak makan mee rebus. Memang plan aku nak masak mee rebus tu a week before lagi. Tapi bahan-bahan dia macam banyak plak. So, aku pun ajak hubby pergi PASAR BESAR JALAN OTHMAN kat PJ Old Town. Aku terpandang satu gerai tu ada jual mee rebus. Dengan hati yang gumbira, aku pun cakap kat hubby yang aku nak try mee rebus kat situ. Hubby aku kata ok. Actually, mee rebus tu mamak yang buat. Aku pun orderlah sepinggan. Bila aku suap je mee rebus tu, ALAMAK....RASA APA NI??? Tawar, kuah cair, takde rasa mee rebus langsung...Rasa mee jawa adalah... Aku pun tension... Sedih pun ada... Last-last aku nekad je pergi masuk dalam pasar beli bahan-bahan nak buat mee rebus. Mahal pun mahallah... janji aku puas nak rasa masakan aku sendiri. Aku belum pernah try masak mee rebus nie lagi...Aku main ingat-ingat je. Tapi sekali dah masak, lepas ni pasti nak masak lagi.... Disebabkan excited sangat dengan mee rebus tu, gambar pun lupa nak snap...!!! Lain kali kalau aku masak, aku selit dalam ini entry ye....!!! Apa yang penting...layan jek resepi ni....!!! Ahaks..

Bahan-bahan:
1kg mee kuning
300gm daging (tetel pun ok)
300gm udang basah
3 biji keledek ( rebus & kisar)
50gm udang kering (kisar)
3 cawan air rebusan kulit & kepala udang
5 s/b taucu (kisar)
2 batang serai
Garam, gula & perasa

Bahan kisar:
10 biji cili kering (direbus)
1 labu bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Hiasan:
Daun sup (dimayang)
Bawang goreng
Telur rebus (dibelah 4)
Cili hijau (dihiris)
{Kerak tepung
Ramuan- tepung gandum, tepung beras, air, garam, udang kering}

Cara membuatnya:
1. Tumis serai bersama bahan kisar sehingga garing. Kemudian masukkan daging dahulu supaya cepat empuk. Setelah itu, masukkan air rebusan udang.
2. Bila sudah mendidih, masukkan udang, keledek, udang kering & tauhu. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Jika agak pekat, tambahkan sedikit air. Rasakan garam, perasa dan gula.
3. Bila kuah menjadi pekat, tutup api dan boleh hidangkan bersama hirisan daun sup, cili hijau, telur rebus, bawang goreng dan kerak tepung.

*Boleh juga ditambah kicap ke dalam kuah.
*Jika mahu rasa taucu lebih, tambah 2 @ 3 sudu taucu lagi.
*Kerak tepung mesti wajib ada untuk resepi Johor, kalau tak, tak berapa nak lengkap.
*Boleh juga tambah tulang(gear box) ke dalam resepi Mee rebus ini.

Nasi Goreng Kampung Cukup Rasa

Pagi ni aku bangun awal sikit. Tengok ada nasi lebihan semalam tak habis, aku pun mulalah menggoreng. Malam tadi takde sapa yang makan. Dari membazir je nasi tu, baik aku goreng. Disebabkan hubby aku tu ada SINUS, maka nasi goreng ni takde belacan. Tapi aku gantikan dengan PERENCAH MAGGI CUKUP RASA...Sedap jugak! And lebih sedap dari kat kedai...Apa yang penting, garam tidak diperlukan. Begitu juga dengan PAK AJI sebab ramuan dia dah lengkap... Kalau korang nak try macam mana rasa pakai CUKUP RASA ni, layan jek resepi ni....Huhuhuhu...

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
Sedikit ikan bilis
Sedikit kacang panjang
Sedikit sayur kobis
2 biji telur
1 s/b PERENCAH MAGGI CUKUP RASA

Bahan tumbuk:
10 biji cili padi kampung
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dahulu dan angkat. Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan sayur-sayuran dan kacau.
2. Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacau. Masukkan PERENCAH MAGGI CUKUP RASA ke dalam kuali dan gaul lagi.
3. Akhir sekali, masukkan nasi sejuk yang telah di hancurkan ke dalam kuali. Kacau sebati dan tutup api. Taburkan ikan bilis yang digoreng. Sedia untuk di makan....!!!




Mee Goreng Macam-Macam Ada

Hehehehehe...janganlah gelak tengok tajuk kat atas tu. Sebenarnya bukan apa, ngah buntu tak tahu nak letak tajuk apa. Kebetulan plak bahan-bahan dalam mee ni pun aku letak boleh tahan banyaknya. Actually mee ni aku masak bulan puasa lepas. Sebab nak kongsi ngan korang, aku tepekkan kat sini resepinya... Rasanya.. mak ai..memang sedap...!!! Hubby aku yang tak suka makan mee pun berkali-kali menambah!!! Sedap sangatlah tu...

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning
200gm udang basah
200gm daging (hiris kecil)
1 paket fish ball (potong 4)
2 keping fish cakes (hiris nipis)
2 keping Tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
Sayur sawi
Taugeh
Tomato buah
Kicap manis
Kicap hitam
Sos tomato
Gula
Garam & Perasa

Bahan Kisar:
10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Setelah garing, masukkan daging dahulu supaya cepat empuk. Bila agak2 dah nampak daging kecut, barulah masukkan udang, hirisan fish ball & fish cakes.
2. Masukkan garam & perasa sedikit dahulu. Kemudian masukkan mee kuning, kicap manis, kicap hitam, sos tomato dan gula. Gaulkan sebati. Letak sedikit air supaya mee dan bahan-bahan lain dapat meresap.
3. Masukkan semua jenis sayuran ke dalam kuali. Gaulkan rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
4. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk di NGAPPP....!!!


Nilah hasilnya mee goreng macam-macam ada...!!!

20 October 2009

Popia Kentang Sardin

Ni salah satu my feveret kuih tak kira waktu apa pun. Bulan puasa ke, hari minggu ke,hari keje ke.. aku tetap suka..lagi2 kalau aku yang buat... Nak buat kuih nie pun senang.. Nak dan tak nak je...Ahaks..!!! Nak buat inti karipap pun best jugak. Tapi aku bab mengelim2 karipap ni memang FAIL... Ni ada resepi yang aku boleh kongsi kat korang...
Yang penting kita...ENJOYYYY...!!!!

Bahan-Bahan:
1 paket kulit popia besar(50pcs)
Sedikit tepung gandum
Sedikit air

Bahan Inti:
5 biji kentang sederhana - potong dadu
1 tin sardin (tin kecil) - lenyekkan
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari (optional)
Sedikit daun sup (optional)
Garam & perasa
Air secukupnya

Cara buat inti:
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga terbit minyak.
2. Masukkan kentang dan kacau. Masukkan air sama paras dengan isi kentang. Masak sehingga kentang jadi empuk (Petua: Jangan masuk garam dan perasa dulu sebab sardin sudah ada garamnya!!!)
3. Bila kentang sudah empuk, air dah kering barulah masukkan sardin yang dilenyekkan tadi. Rasakan garam dan perasa bila inti agak tawar. Masukkan daun sup. Keringkan inti sedikit lagi. Tutup api, angkat dan sejukkan inti.
4. Keluarkan kepingan kulit popia. Letakkan inti popia di tengah kulit popia dan gulung seperti biasa. Di hujung kulit, sapukan sedikit bancuhan tepung. Buat sehingga selesai.
5. Siap digoreng dan sesuai di makan bersama kopi O kaw...!!! Selamat mencuba...!!!


Popia ni kulit dia aku pakai small punya.. so dia jadik
herot sikit! Tapi rasa masih sedap....!!!


Time ni bulan puasa... masak mee sekali...!!! Mee plak
masa ni banyak betul rencah... Maveles...!!!

Daging Salai Cili Api

Dah terlanjur aku sekarang dah ada blog, saje je aku nak tepek resepi-resepi mana yang aku pernah torai... hehehehe...Baru-baru ni gi PD, aku masak DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API... berasap telingo kalau makan!

Bahan-bahan:
1/2kg daging lembu (disalai atas arang & di hiris halus)
30biji cili padi (kalau yang sedap, pakai yang kecik2 punya)
1 ulas bawang merah (tak pakai pun takpe!)
3 biji ubi kentang (dipotong 4)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (boleh ganti ngan 1sudu kecil kunyit serbuk)
2 batang serai
2 keping asam keping
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara memasak:
1. Cili padi, halia, kunyit dan bawang dikisar/ditumbuk. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan daging, kentang, asam keping, garam & serai yang telah di titik. Masukkan secawan air supaya bahan dapat menyerap ke dalam daging dan kentang cepat empuk.

2. Bila kentang hampir empuk, masukkan santan dan kacau lagi. Biarkan kuah pekat dan tutup api. Boleh dimakan bersama nasi panas....!!!

19 October 2009

Picnic Time....!

18/10/2009-8.30pm till 2.30pm
Hari ni kitorang semua plan pergi Port Dickson. Aku bangun seawal 5.30am untuk siapkan berbagai jenis makanan. Aku masak lauk Daging Salai Masak Lemak Cili Api, ikan kering & Popia Kentang Sardin. Malam tadi aku dah siapkan semua tinggal nak masakkan je.Selain tu, ada gak bawak kek lapis, kuih2 raya & karipap Nor plak bawak nasi, nugget, lauk ikan tenggiri masak kicap. Jajan mesti ada... Untuk budak2...Alaa.. mak budak yang bawak!

Sampai2 je, takde wakaf free. Semua orang dah booking. So, terpaksalah sewa kanopi RM35. Redah jelah... Janji ada tempat berlindung... Awal kitorang datang, air masih pasang lagi... Ombak pun kuat semacam je... Apalagi, bukaklah bekalan masing-masing... Dengan tak sarapan, ada yang makan nasi dulu. Sapa lagi, laki aku & Abg Dinlah... Aku plak membawa anak2 buah aku ke laut... Hehehehehe... air sejuk sgt... Tapi pagi2 nie orang tak ramai lagi. Yang si adik plak, menangis2 tak nak pergi ke tepi air. Melalak dan pucat giler muka dia... Apa da adik...!!! Tapi dia ada aktiviti dia sendiri... mengorek pasir.. dia kata nak carik harta karun... Hahahahaahahahaha... ketawa besar aku!!!

Aktiviti Affif Affnan - main ngan bola je...Ahaks!

bestnya cuci muka ngan air nie...!!!

Yehhoooo.... janji rockkk...!!!!

Gimme five....!!!!

Peace No War....!!!

Lepas tu, diorang ni semua naik banana boat... Diorang ajak aku.. Eii.. tak nak aku naik...!!! Takut siot... Dahlah bawak tengah2 laut sampai hujung pulau, pastu nanti boat tu dia terbalikkan tengah laut...Silap2 aku tak larat nak naik... Masa nie adik naik bot je. Adik, Feena & Cik Mat... Aku rela jaga beg jelah dari naik banana boat tu...


Standby nak meluncur nie...!!!

Muat ke life jacket tu, Nor??? Ahaks...!!!

Ready to ride....!!!! Aku je tak...!!!!

Ala2 je diorang nie... padahal penakut..!!!

So, aktiviti aku plak...sementara diorang semua atas laut, nilah aktiviti aku... Makan, minum, makan, minum dan bergambar sorang2...!!!

bersama suami tersayang... Cewaaahhhh....!!!!

seluas lautan Selat Melaka...!!!

Nyamannye...udara di sini...!!!

Lepas tu semua masing2 keletihan. Tidur sampai berdengkur... Tengoklah ni...Kalau ada sound visual, korang boleh dengar...


Selamat tidur...!!!!