10 December 2009

Terima kasih atas KurniaanMU...



Pertama sekali aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana setelah usia perkahwinan aku mencecah 1 tahun 4 bulan, aku menerima berita bahawa aku telah berbadan dua. Syukur yang teramat sekali... Alhamdulillah...!!!! Just nak berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kejadian ni aku kesan masa aku balik kampung. Aku sepatutnya period balik pada 26hb November. Disebabkan aku ni memang ontime je kalau period, hari tu aku dah rasa pelik. Sentiasa masuk toilet untuk check kalau-kalau ada pertumpahan darah berlaku. Sampai jek kat sana, aku ajak hubby aku pergi pasaraya untuk beli 'roti kering'.. Standby jelahkan kot-kot manalah tahu kuar malam tu...mana nak cekau??

Aku terus menghitung hari demi hari. Dalam hati ini timbul satu perasaan yang menakutkan jugak. Pelik...!!! Nak sedapkan hati sendiri, aku pun pergilah farmasi untuk beli pregnancy test. Balik rumah tu aku tak terus buatlah... Relax2 dulu...tengok nur kasih..Habis je Nur Kasih, aku terus menjalankan ujian kehamilan itu. Berdebar-debar rasa hati. Bila dah settle jek...aku terus bawak kit tu ke depan.. Aku panggil hubby aku. Aku suruh dia baca instruction dulu. Hubby aku tu kalau kelam kabut, English pun dia tak faham. Dia kena baca slow-slow dulu pas tu aku baru bagi dia tengok. Itupun setelah lebih dari 5 minit barulah dia faham instruction bagitahu. Lepas tu dia senyum-senyum...Aku dah takut dah...Aku tanya dia, macam mana? Dia kata ada dua line kat situ...Yahoooo....!!!! Akhirnya termakbul juga impian aku nak bergelar ibu akan datang..

Aku harap kandunganku akan sihat begitu juga dengan aku. Aku harapkan dengan kehamilan ini dapat menceriakan lagi rumahtangga aku dan dapat menyiapkan aku dan hubby untuk bergelar MAMA & PAPA tidak lama lagi...Amin!!!


4 comments:

  1. Tahniah Shuuuu!!!! Happy kan. Itulah perasaan amie masa mula2 dulu. Berebar + excited! Lepas tahu je pregnant, terus mabuk kepayang tak ingat punya...

    ReplyDelete
  2. Thanks amie..shu harap semuanya akan sihat2x jugak...memang excited giler tapi kena control..hehehehehe...Insyallah, tahun depan bolehlah beraya dengan anak....

    ReplyDelete
  3. ikut nasihat doc..makan beringat2..cukup zat sume

    ReplyDelete
  4. nini: amboiii...yelahh puan! kang terlebih zat plak nanti...!!!

    ReplyDelete