29 April 2010

Happy Day...!!!

Hai....Me againnnn....!!!

27/4/2010 hari tu sekali lagi pergi HKL, buat detail scan pasal cyst ni...Alhamdullillah berita yang aku terima adalah mengenai cyst aku tidak lagi membesar. Masih kekal sama...Baby aku pun sihat. Doktor tunjukkan wajahnya pada aku ngan hubby di mana kelihatan mata, hidung, dahi, mulut, tangannya dan tapak kaki...Teruja dan terharunya waktu itu. Aku bertanyakan doktor tentang jantina anak aku tu...Jawapannya adalah '......' sama-samalah kita tunggu ye...
Mengenai cyst aku tu, doktor inform cyst aku tak membesar lagi. So, kemungkinan besar aku tak payah di bedah pada minggu ke 28. Kira boleh tunggu sehingga cukup bulan. Tapi apa-apa kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang. Aku mesti kena kuat dan tabah mengharungi kandungan ini. Ini adalah untuk kebaikan anak yang sedang aku kandungkan ini... Mummy love you, baby!

6 hari di Johor Bahru....relax habissss!!!

13-18 April 2010 (6 hari)
Masa ni aku ikut mak balik JB untuk berehat. Naik keretapi malam Isnin sampai Jb selasa pagi. Sepanjang berada kat JB ni, aku memang relax habis. Bangun tidur pun mak aku yang kejutkan, siap ingatkan aku suruh cucuk insulin. Aku hanya makan, tidur, makan, tidur..tengok tv....dalam aircond...Memasak pun tak, semua mak aku yang buat...Wahhh...wahhh...wahhh...Yelahhh..aku balik JB pun sebab disuruh berehat...jadik semua keje mak aku yang tolong buatkan...Kalau teringin nak makan goreng pisang, abah yang belikan...Pendek kata, aku memang tak keluar rumah langsunglah... Mak aku risau aku kena gigit nyamuk petang-petang...Takut kena denggi sekali lagi...Anne plak kena buat overtime minggu tu, so memang tak dapat nak keluar pun..Lagipun aku sedih nak keluar sorang-sorang pasal hubby takde...Kesiannn dia...Tak terurus dia sepanjang aku takde... Makan minum dia pun tak terjaga....Sabtu tengahari hubby sampai JB nak ambil aku balik keesokannya....!

Kita berjumpa lagi...

Assalamualaikum...

Lama betul aku tak update blog aku ni...Bukan takde cerita tapi ada beberapa masalah yang timbul sejak kebelakangan ini. Masalah yang aku sendiri tak terjangka. Perit kalau nak diceritakan. Rasanya masalah yang timbul tu tak payahlah aku nak ceritakan kat sini. Buat sakit hati dan kepala je....

Aku tak hilang ke mana-mana. Cuma sejak kandungan makin membesar ni badan dah makin 'malas'. Ditambah plak dengan masalah rumahtangga yang entah bila akan selesai. Aku mengharapkan perubahan demi perubahan yang akan dilakukan oleh suamiku sendiri.

BULAN MARCH
Sejak aku membuat pemeriksaan di Klinik Ibu Mengandung di Pantai Indah, aku telah didapati mempunyai kencing manis yang tinggi. Aku tak terkejut pun sebab aku memang menghidap penyakit itu sejak setahun yang lalu. Sebelum buat check up tu, aku memang tak makan dan minum langsung. Aku berharap dengan cara itu kandungan gula dalam darah aku normal. Tapi entah apa masalahnya, nurse kata tak dapat baca tah dengan air kencing aku. So, dia suruh aku makan dulu. Aku pun makanlah. Lepas tu je, naik teruslah gula aku. Terus kena refer ke HKL. Kat HKL, bacaan aku masih tinggi. Keesokkannya aku pun di masukkan ke dalam wad untuk dipantau.
Duduk di wad dalam keadaan sihat memang menyeksakan. Aku bukan sakit pun. Cuma doktor nak memastikan kandungan aku selamat dan tahap gula aku di bawah yang di benarkan semasa mengandung.
Akhirnya masuk hari ke-4, aku dah mintak balik rumah. Tak sanggup dah aku nak 'lepak' kat dalam wad tu. Doktor tak bagi aku balik sebab masih nak pantau dos insulin aku. Tapi aku nak balik jugak. Risiko pun risikolah...Akhirnya, doktor pun takleh nak kata apa, lepas makan tengahari aku pun dapat balik. Legaaaa..!!

BULAN APRIL
Bulan ni pulak masalah lain plak yang timbul. Bila dah buat detail scan, ada plak sakit lain yang kena. Doktor yang scan tu jumpa CYST dalam OVARI sebelah kanan aku. Adalah dalam 5cm... Kemungkinan 0.001% adalah kanser atau ketumbuhan biasa...So, sekali lagi darah aku di ambil untuk di uji dalam makmal...Aku bertambah sedih dengan kemungkinan ini...Agak stress aku masa tu...Seminggu lepas tu aku pergi HKL lagi untuk ambil result darah aku tu. Alhamdullillah, doktor cakap bukan kanser...Lega rasa hatiku...Walaubagaimanapun, pakar telah menyuruh aku masuk wad untuk membuang cyst tersebut kerana sudah membengkak. Beliau menerangkan pada aku dan hubby tentang risiko pembedahan itu. Luluh hatiku mendengarnya kerana risikonya adalah aku mungkin kehilangan 'babyku' yang telah berusia 23 minggu tu. Tak dapat jugak aku menerima suratan takdir itu. Pada hari ahad 11 April yang lalu, aku sekali lagi masuk ke dalam wad Hospital Bersalin Kuala Lumpur untuk melakukan pembedahan yang dijangka pada hari Isnin (12/4/2010)...
Pada pagi isnin yang hening itu, setelah kandungan gula dalam darahku agak stabil kerana aku berpuasa, aku berdoa agar SOMETHING MIRACLE muncul untuk mengelak pembedahan itu. Apa jua yang berlaku aku redha...walaupun sedih mengenangkannya. Ditemani hubby pada pagi itu, sekali lagi aku ditolak ke dalam bilik scan untuk mengetahui tahap cyst aku setakat mana. Dikelilingi oleh pakar-pakar Obstetriks, mereka berbincang dan memberikan kata putus. Akhirnya, seorang dari mereka memberitahu pembedahan aku di POSTPONE sehingga kandungan aku berusia 28 minggu. Alhamdullillah...syukurnya aku pada Allah masa tu. Doa aku termakbul. Pembedahan tidak jadi dilakukan saat kandunganku berusia 23 minggu. Aku menangis gembira pada waktu itu walaupun aku agak lemah kerana tidak makan apa2 dari malam tadi.
Kemudian pada hari itu juga aku dah boleh discharge dari wad...Macam mana pun, aku kena sentiasa buat check up di hospital untuk mengetahui tahap kesihatan aku....Akhirnya, aku balik bercuti di JB selama seminggu..Tinggallah hubby aku seorang diri di KL meneruskan kehidupannya...Huhuhuhuhu....!!!