21 September 2010

Lahirnya seorang puteri...Nur Qaseh Zulaikha

Salam semua...bersawang2 blog aku ni...Lama gila tak update. Biasalah busy setelah bergelar 'ibu' ni. Mana ada masa nak menaip2 ni. Bila dah ada masa ni, bolehlah aku layan jap blog ni.
Akhirnya, setelah aku membawanya selama 9bulan 4hari lahirlah puteriku yang diberi nama Nur Qaseh Zulaikha. Qaseh dilahirkan pada 13 July 2010 secara caesaraen seberat 3.3kg jam 7.49 malam. Betul2 lepas azan maghrib. Bagaimana terjadinya proses bersalin aku ni tak payahlah aku cerita. Ceritanya sama macam siapa yang pernah alaminya. Takde yang special mana pun. Cuma Qaseh lahir pada usia kandungan aku 36minggu 4 hari. Walaubagaimana pun, Qaseh keluar dengan sihat dan sempurna seperti bayi2 yang lain. Dapatlah aku kucup dia selepas dia dilahirkan. Aku juga dapat merasa masuk ke labour room sebelum diusung ke bilik operation. Inilah dia wajah2 bayiku semasa didalam wad pediatrik di HKL.
Kucupan kasih seorang ayah
Kucupan kasih seorang ibu




No comments:

Post a Comment