23 September 2010

Qaseh beraya bersama ayah & ibu

Salam semua,
Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan anak pertamaku iaitu, Qaseh. Tahun ni jugak kali pertama tak balik kampung aku dan suami. Kitorang beraya kat Kuala Lumpur je. Ehhh...seronok jugak beraya kat KL ni. Kitorang beraya di rumah-rumah jiran yang tak balik beraya jugak. Tahun ni Qaseh buat collectionlah...penuh 'wit' raya Qaseh...nanti ibu masuk dalam bank ye...!!! Untuk raya tahun ni, kami sekeluarga memakai pakaian sedondon iaitu hijau kebiruan. Qaseh plak aku pakaikan 'sekirt' jean yang aku belikan kat Sunway. Cantik plak aku tengok...
Walaupun aku beraya bersama keluargaku di KL, aku tetap masak. Di pagi hari raya tu, terhidanglah Rendang Ayam Minang, Sambal Goreng, Nasi Himpit & Kuah Kacang. Semua tu adalah makanan favouriteku. Cuma sayur lodeh je aku tak buat....Walaupun semasa di bulan puasa aku menghadapi musibah, namun di pagi raya aku dan keluarga tetap gembira. Mudah-mudahan segala halangan dan cabaran yang mendatang, dapat kami lalui bersama...
***Selamat Hari Raya semua***

No comments:

Post a Comment