12 November 2011

Luahan Hati Seorang Wanita

Assalamualaikum wtb,
Beratnya rasa hati untuk meluahkan kata2 kat dalam blog ni. Tapi pada sapa lagi untuk aku mengadu? Aku bukannya ada kawan yang dapat memahami apa yang aku rasakan sekarang. Patut ke aku luahkan segalanya dalam blog aku ini? Entahlah, mungkin ianya dapat mengurangkan masalah yang terbuku di hati aku.

Setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Cuma kesilapan yang dilakukan itu samada kecil atau besar dan antara sedar atau tidak. Rumahtangga mana yang tidak bergelora. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Aku cuba menjadi isteri dan ibu yang baik kepada keluarga aku. Tapi entahlah...kadang2 kewajipan tu tak terlaksana dengan betul dan baik. Aku tetap cuba menjalankan kewajipan aku sebagai suri rumahtangga yang tidak bekerja dan mendidik anak aku supaya menjadi anak yang berguna. 
Tapi entah kenapa perasaan aku tidak sebahagia seperti orang lain. Aku rasa ditipu oleh suamiku sendiri. Aku cuba untuk membentuk perspektif bahawa kenapa semua itu harus berlaku. ooooohhhh.......aku tak sanggup unuk menulis lagi...Hatiku sebak sekali....harap maaf!

No comments:

Post a Comment