Artikel ni admin alih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota
VAT69 yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa
mual..sakit perut..pilu dan sayu..fans nilaikan sendiri...
2 org anggota
mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung
Simunul pd 2 Mac 2013
Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat
persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain
berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai
kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah.
beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan
persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg
melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan
tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan
segera.
Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di
situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam
seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan
dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka
dan meminta bantuan.
mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia
bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala,
dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang
terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam
" Salah
seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa
dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations
centre.”
" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan
dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa
tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata
Adam.
Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan
sedikit beremosi.
" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke
belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya
dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina)
berulang kali.
" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi
dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu
bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak
kedengaran.
Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa,
yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg
ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2
butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama
kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn
lebih tekanan.
Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu
kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu
sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia
tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri
Dari
di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya
yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: "
kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah
pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.
" Saya melihat
seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg
pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian
ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar.
Pada saat inilah
Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak,
diserang pangganas dengan barong mereka.
Walaupun dia tidak dapat
membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan
lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di
kepala dan belakang badan
*Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah
perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya.
Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kososng berhamburan keluar tanpa
henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu
kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot
di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan
pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour
atau perlindungan ballistik.
pd ketika itu, Hasnal bangaun dan mencari
perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad
berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan
menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.
Superintendent Ibrahim
Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di
belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg
kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya
dengan sebilah barong.
Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah,
menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia
di laluan itu.
Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad
menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah.
Malam semakin sepi.
24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi
Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah
berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat
perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai.
dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut,
sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa
berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan
masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg
dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera.
"saya
terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2
itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan
kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."
Musa telah menjumpai
sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah
air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum
air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah
di mukanya”.
Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia
terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak
mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek
itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka
dirampas.
Operasi Penyelamatan
Bunyi laluan berkayu yg berkeriut
itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan.
Ia diikuti bunyi
tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan
anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia menagmbil jaket
pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk
menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu.
Terdahulu, sebelum misis itu,
keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg
memastikan komunikasi yg efisien.
Seperti dipersetujui semasa briefing
di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan
diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka.
Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan
laopran ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di
situ, termasuk miliknya.
" Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya
dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan
pulang mendapatkan saya," katanya.
Inspektor Hasnal segera dibawa pergi
oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal
dibawa keluar dlm keadaan hidup”.
"Dia berjuang utk nyawanya..dan ia
tidak sia2."...=WRA=