21 June 2010

Trimester terakhir...33 minggu!

Heni genap kandungan aku berusia 33 minggu iaitu 8 bulan 1 minggu. Ini bermakna tak lama aku bakal bergelar ibu pada bulan depan. Aku nak sangat bersalin sekitar minggu ke 38 iaitu jatuhnya pada tarikh perkahwinan aku (26/7/2010). Bermakna lagi 5 minggu je ke tarikh itu.Berdebar-debar jugak hati aku ni untuk menempuh saat itu. Semakin hari semakin membesar perut aku sehingga tidurku benar-benar terganggu. Kalau malam mesti 2@3 kali mesti aku ke tandas buang air kecil. Sebelum tidur, mesti aku suruh Kodecq urut belakang aku. Aduuuiii...inilah cabaran menjadi ibu mengandung. Baru kutahu bukan senang hendak memikul tanggungjawab itu. Sakit2 sana, sakit2 sini...!!! Apa yang aku harapkan kelahiran bayiku nanti semoga dia sihat hendaknya. Mungkin kami tak mampu memberi dia keselesaan dari segi wang ringgit. Tetapi insyallah aku akan mendidik dia menjadi anak yang berguna.

16 June 2010

Kerja separuh hari

Semalam(15/6/2010) keadaan aku semakin 'worst'. Kesakitan yang melanda seluruh badan aku memaksa aku mengambil cuti separuh hari. Tak tertanggung rasanya badan aku untuk duduk lebih lama di pejabat. Betullah kata orang, bila kandungan sudah masuk bulan ke-8 ni kena banyak berehat. Tapi aku plak makin banyak tempahan kek dari customer sehingga aku terpaksa menolak. Yang aku ambil sekarang hanyalah repeat order dari customer yang pernah order dengan aku. Minta maaf kepada customer baru, saya tak dapat ambil tempahan anda buat masa sekarang kerana keadaan saya yang tidak mengizinkan ini. 
Walaupun ini pengalaman pertama mengandung, aku rasa bahagia sekali. Bila terasa pergerakan si anak di dalam perutku tak sabar rasanya nak melihat si kecil ini di dunia. Pastinya aku mengharapkan kehidupan aku lebih bahagia dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.Aku juga mengharapkan suami aku telah bersedia menjadi ayah kepada seorang 'puteri' tidak lama lagi.

14 June 2010

Badan semakin meletihkan...!

Adoiii...macam mana ni? Badan makin tak larat nak bawak rasanya. Minggu ni plak macam kena cirit birit je. Sikit-sikit nak ke tandas...Ni pun ada rasa nak terkucil gak tapi kutahan je. Tempahan masih lagi aku ambil. Tapi untuk minggu ini aku cuma ambil mana yang aku mampu je. Aku tak nak kelihatan tamak dengan mengambil banyak tempahan kek tetapi hakikatnya badan aku yang merana. Kandungan yang telah masuk bulan ke-8 ini memaksa aku lebih banyak berehat je. Syukurlah kandunganku sekarang agak stabil berbanding mula2 dahulu. Lepas ni aku kena buat persiapan untuk anakku pula. Actually semua persiapan dah siap, cuma nak memperkemaskan barang-barang baby dan barang2 aku je. Barang-barang aku sendiri belum lengkap. Kelengkapan ibu pun masih belum dicari. Entah bila agaknya dapat membeli belah kelengkapan aku pulak.

03 June 2010

Rezeki baby dalam perut....Alhamdulillah!!!

Hai bloggers,
Dua minggu tak update blog sendiri. Naik lemas dah...Hehehehehe...Sebenarnya, latelay ni agak sibuk dengan tempahan orang. Setiap minggu mesti ada tempahan yang masuk. Tu yang agak busy sikit. Hari2 biasa plak sibuk cari customer. Iklankan kat mudah.comlah, kat facebooklah...haiii macam2 lagilah...Malam ni pun ada tempahan lagi untuk di hantar ke Puchong dan Tropicana Selatan...Alhamdulillah, aku anggap tu semua rezeki babyku yang bakal lahir tak lama lagi...Ikutkan penat memang penat...Tapi demi mencari wang lebih dan menggunakan masa yang ada, ku gagahkan jua diri ini walaupun sekarang sudah 31 minggu pregnancy...

Berkat minat dan sentiasa mencuba, akhirnya Kek Marble aku mula mendapat perhatian ramai. Terutama sekali kepada kawan-kawan yang kerap menempahnya dari aku. Ada juga customer yang tempah bila tengok iklan aku dalam mudah.com dan facebook...


20 May 2010

100% Home Made Marble Cake


Hai kepada semua yang membaca blog aku ni...!!!
Aku telah memulakan bisnes sambilan dengan membuat Kek Marble Coklat & Pelangi fresh from my oven. Pada mulanya aku buat untuk makan suka-suka je. Lepas tu ada gak bagi saudara mara & kawan-kawan rasa. Tak lama tu, ada gak yang ingin menempah kek itu dari aku. Mula-mula agak keberatan juga sebab takut tak menjadi...Alhamdullillah mereka khabarkan kek aku tu sedap, lembut dan terasa original butternya. Ramai yang suruh jalankan bisnes ni. Ada yang suruh buat sebelum raya sebab masa raya nanti banyak sangat orang buat kek.So, langkah pertama aku cuba masukkan dalam mudah.my....

So, kepada kawan-kawan yang ingin mencuba KEK MARBLE COKLAT/PELANGI ni, sama ada korang nak makan sendiri/mesyuarat di pejabat/kenduri kecil/ just contact/email/SMS me at no  
  • 013-781 2461(shuhadah) 
  • shuhadah_bf@yahoo.com(YM/Facebook)

Untuk tempahan :
  • Minimum kuantiti : 2 biji
  • Maksimum order : 5 biji
  • Tempoh tempahan : 3 hari (2 biji) & 1 minggu (5 biji)
  • Pick up point (FREE) :  Ambil sendiri di rumah (Jalan Klang Lama, KL)
  • Kos Penghantaran + RM5 : Sekitar PJ, Jalan Kuchai Lama, Jalan Puchong & kawasan Shah Alam (komuter terdekat sahaja) 
  • Pembayaran : Cash On Delivery sahaja (RM20/pcs)
Kepada kengkawan yang nak rasa, korang boleh bantu aku yang nak bersalin ni dengan mencuba kek ni. Selagi kudrat aku masih boleh membaking kek ni... Manalah tahu hari raya nanti boleh tempah dengan aku lagi... Boleh bagi pada family, mak mertua, kawan-kawan & saudara-mara....Selamat mengORDER!!!
100% home made butter marble cake....

10 May 2010

Jalan-jalan ke Expo Mom & Baby Fair @ Mid Valley

Holaaaaa...
8/5/2010 - Hari Sabtu lepas, aku ngan hubby jalan-jalan sambil shopping barang baby kat Expo Carnival Mom & Baby Fair 2010 di Mid Valley Exbhition Centre. Memang dah lama nak pergi sana sebab kandungan aku pun dah masuk 7 bulan. Rasanya dah sesuailah beli barang-barang 'si kecil' ni...Aku beli tak banyak sebab ada benda yang mak aku kata dia nak belikan...So, aku belilah mana yang ado dulu...Memang murah sangat sampai aku ambik tak perasan rupanya dah banyak helai...Takpelah, excited punya pasalkan!!!! Disebabkan hari tu hari Sabtu sememangnya terlalu ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka ke situ...Macam-macam booth yang ada... Dari booth yang jual susu ibu, minyak telon, insurance, baju baby, peralatan baby dan macam-macamlah..Tak sangka plak anak syarikat office aku pun turut serta dalam expo tu...Diorang buat promotion sejenis bebola untuk mesin basuh yang sesuai untuk bayi..Tak payah guna detergent..Nama produk ni BIOCERA LAUNDRY BALL...Ada gak diorang jual mesin water dispenser jenama BIOCERA...Bos-bos aku pun ada...Aku tak join group ni pasal bukan bidang aku...Huahuahuahua...! Ni je yang aku beli untuk 'si kecil' aku ni...


Dah penat berjalan dan bershopping, kitorang singgah makan kat OASIS FOODCOURT kat bawah...Memang lepak gilerrr sebab berasak-asak dalam expo tu...So, pilihan makanan kitorang adalah Sotong Bakar Portugese Grill & Ikan Cencaru Portugese Grill...Tempat tu memang famous...Beratur gakle nak membelinya...Untuk melepaskan lelah sahaja...!!!
~Sotong Bakar Portugese Grill~
~Ikan Cencaru Portugese Grill~

Cubaan memasak Nasi Beriyani....harammm...!!!

Minggu lepas yang selesa & tenang, aku telah mencuba sesuatu yang aku dah lama nak cuba..Semangat berkobar-kobar nak masak Nasi Beriyani Simple lah konon...Aku buatlah ikut resepi sendiri...Buat lauk ayam masak kari sekali...Bila dah masak tu, memang bau dia wangi macam nasi beriyani tapi bila makan entah napa tekak aku takleh terima plak..Dahlah aku masak banyak...Hubby cakap dia kata ok je dia makan..Ermm dia tu semuanya sapu..Mungkin aku penat sangat kot sampai takde selera langsung nak makan... Tapi sempatlah snap beberapa keping gambar untuk tatapan sendiri & kengkawan....