26 September 2011

Home Made Tasted berpindah blog...gara2 lupa password n email

Assalamualaikum semua....
Akibat dah terlalu lama tak update blog untuk homemadetasted.blogspot.com, saya dah lupa alamat email dan password yang selalu digunakan. Tekan punya tekan tak masuk2 jugak. Last2 saya naik give up...jadi untuk sementara ini, saya terpaksa gunakan blog personal saya untuk segala pertanyaan dan tempahan berkaitan penjualan kek marble/dadih/jeli kelapa/menu2 untuk majlis kecil. Insyallah selepas ini, saya akan create satu blogger untuk setiap penjualan saya bagi memastikan ianya tidak bercampur2x...
Harap maklum, terima kasih...!!!

 

08 July 2011

Wajah terbaru Nur Qaseh Zulaikha...

Tinnn...tinnn...tumpang lalu....fuhh...fuh....dah bersawang2 blog aku ni....dah lama benar tak update apa2...sibuk membesarkan anak dan menjaga rumahtangga...So nak mengadap PC 24 jam sorryle...takde masa....!!!
Setahun berlalu...anak aku pun semakin lama semakin membesar...semakin petah dan bijak...tengok acuanle...hehehehehe...Makin kerap menyelongkar...semakin banyaklah kena marah dengan aku....Letih ibu..!!! Tapi itulah cabaran membesarkan anak....penat tapi seronok...Inilah wajah Qaseh yang akan berusia 1 tahun tak lama lagi....

23 September 2010

Qaseh beraya bersama ayah & ibu

Salam semua,
Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan anak pertamaku iaitu, Qaseh. Tahun ni jugak kali pertama tak balik kampung aku dan suami. Kitorang beraya kat Kuala Lumpur je. Ehhh...seronok jugak beraya kat KL ni. Kitorang beraya di rumah-rumah jiran yang tak balik beraya jugak. Tahun ni Qaseh buat collectionlah...penuh 'wit' raya Qaseh...nanti ibu masuk dalam bank ye...!!! Untuk raya tahun ni, kami sekeluarga memakai pakaian sedondon iaitu hijau kebiruan. Qaseh plak aku pakaikan 'sekirt' jean yang aku belikan kat Sunway. Cantik plak aku tengok...
Walaupun aku beraya bersama keluargaku di KL, aku tetap masak. Di pagi hari raya tu, terhidanglah Rendang Ayam Minang, Sambal Goreng, Nasi Himpit & Kuah Kacang. Semua tu adalah makanan favouriteku. Cuma sayur lodeh je aku tak buat....Walaupun semasa di bulan puasa aku menghadapi musibah, namun di pagi raya aku dan keluarga tetap gembira. Mudah-mudahan segala halangan dan cabaran yang mendatang, dapat kami lalui bersama...
***Selamat Hari Raya semua***

21 September 2010

Lahirnya seorang puteri...Nur Qaseh Zulaikha

Salam semua...bersawang2 blog aku ni...Lama gila tak update. Biasalah busy setelah bergelar 'ibu' ni. Mana ada masa nak menaip2 ni. Bila dah ada masa ni, bolehlah aku layan jap blog ni.
Akhirnya, setelah aku membawanya selama 9bulan 4hari lahirlah puteriku yang diberi nama Nur Qaseh Zulaikha. Qaseh dilahirkan pada 13 July 2010 secara caesaraen seberat 3.3kg jam 7.49 malam. Betul2 lepas azan maghrib. Bagaimana terjadinya proses bersalin aku ni tak payahlah aku cerita. Ceritanya sama macam siapa yang pernah alaminya. Takde yang special mana pun. Cuma Qaseh lahir pada usia kandungan aku 36minggu 4 hari. Walaubagaimana pun, Qaseh keluar dengan sihat dan sempurna seperti bayi2 yang lain. Dapatlah aku kucup dia selepas dia dilahirkan. Aku juga dapat merasa masuk ke labour room sebelum diusung ke bilik operation. Inilah dia wajah2 bayiku semasa didalam wad pediatrik di HKL.
Kucupan kasih seorang ayah
Kucupan kasih seorang ibu




09 July 2010

Akhirnya 9bulan muncul jua...

Salam semua...
Pejam celik, pejam celik rupanya hari ni kandungan aku dah masuk 9 bulan. Bermaknanya orang kata dah cukup bulan. Menghitung harilah ni...Adoiii...berdebar-debar rasa dihati. Tapi dalam masa yang sama, excited jugak...menunggu kehadiran 'si kecil' dalam rumahtangga kami yang bakal menjangkau 2 tahun ni. Persiapan ' si anak' telah aku buat dengan rapi. Aku akan bersalin di Hospital Kuala Lumpur sama ada secara normal atau caesaran. Terpulanglah pada keadaan aku macam mana nanti. Ada jugak minta dengan doktor 2 minggu lebih awal dari tarikh due. Segala-galanya aku berserah je pada Allah. Semoga dia permudahkan urusan aku bila tiba masa bersalin nanti. 
Mengenai persiapan baby, banyak jugaklah yang aku dah beli. Dan aku hanya beli mana yang penting sahaja. Sebab selebihnya suami aku akan beli di JB semasa aku dalam pantang nanti. Antara barangan baby yang dah aku siapkan adalah:
1) Baju & seluar baby ( berpasang2...ada yang terlebih saiz)
2) Sarung tangan & kaki (6 pasang aku beli, mak aku beli lagi 3 pasang)
3) Topi Snow Cap (pink aku beli, putih mak aku beli...)
4) Lampin kain (12 helai)
5) Lampin pakai buang NB (beli 28pcs dulu...)
6) Selimut bayi (aku beli 1pcs, Syikin bagi 1pcs)
7) Tuala mandi ( 2pcs aku beli)
8) Tuala muka
9) Minyak Telon ( Yuyi Cap Limau...favourite aku!)
10) Barut Cartoon (mak aku kata special sebab ada gambar cartoon!)
11) Toilettries Anakku & Johnson 
12) Kelambu Disney Pooh
13) Bantal peluk & bantal kepala (mak aku jahitkan..!!!)
14) Alas getah Fiffy (2pcslah plak..!!!)
15) Botol susu kecil (mak beli untuk breastfeeding aku!)

Buat masa ni tu je kelengkapaan baby yang aku dah ada. Semalam baru dapat survey tilam kekabu yang berkenan di hati. Rasanya sesuai untuk anak aku. Macam aku tak perlulah beli katil bayi ke, playpen ke sebab benda2 tu nampak macam membazir. Lagipun rumah aku kecil je...tak muat nak letak barang-barang tu. Cukuplah sekadar tilam untuk keselesaan anak aku nanti.

30 June 2010

Detail Scan MFM di HKL (34w5d)

Salam semua,
Pagi tadi seawal 7.30pagi aku ngan Kodecq dah bertolak ke HKL untuk buat detail scan lagi. Nasib baik tak ramai orang. Aku orang yang ke-3 tunggu. So far, setakat ini baby aku dalam keadaan baik. Cyst aku masih ada lagi cuma tak mengganggu pembesaran bayi dalam perutku itu. Aku pun bertanya pada pakar tentang tarikh due aku. Ikutkan aku mahukan tarikh 26/7/2010 tapi memandangkan pakar kata aku boleh bersalin normal, maknanya harapan nak dapatkan tarikh bersalin tu agak kecewalah. Tapi tak kisahlah...kalau bersalin normal lagi bagus. Boleh aku ikat perut aku dengan bengkung untuk kembali slim (wahhh...slim ke selama ni? Ahaks...)

Lepas tu aku bertanya pada pakar lagi berapa berat anak aku sekarang. Beliau bagitahu berat baby sekarang adalah 2.9kg....Mak ai..!!! Beratnya!!! Patutlah aku makin susah nak bergerak sekarang. Huhuhuhu...Tapi pakar cakap itu kira normal sebab dah nak masuk 9 bulan dah. Berat normal mesti 3kg ke atas...Sabar ye, sayang! Tak lama je lagi sayang ibu akan keluar...Tak sabar nak tengok ayah & ibu ye...!!! Ibu pun tak sabar menunggu kelahiran sayang. Ayah pun sama...Kami sama2 tunggu sayang lahir ke dunia tak lama lagi...!!! (Sedihlah plak part ni....huhuhuhuhu...)