10 May 2010

Aktiviti masa lapang suamiku...koleksi Bonsai

Errrmmm...kalau korang nak tahu, hubby aku ni ada aktiviti dia tersendiri iaitu menanam & merekahias pokok-pokok bonsainya...Aktiviti ni selalu dia buat malam-malam & hari minggu...Dia sanggup duduk berjam-jam kat luar rumah menghias pokok bonsainya dengan sebatang rokok dan segelas Nescafe panas...Aku plak malas nak layan pokok-pokok dia tu...Biarlah aku tengok TV sambil membaca buku atau majalah..Selalunya pokok-pokok bonsai ni hanya diminati oleh orang Cina sahaja. Kos untuk membelinya saje adalah dalam RM18k kalau yang dah 20 tahun. Orang cakap bonsai ni semakin lama, semakin bernilai...Yang aku tahu ada satu bonsai tu, sama usianya dengan umur hubby aku....Agak-agak takde duit, bolehlah aku jual bonsai dia...Huahuahuahuahua....Ini adalah antara koleksi-koleksi bonsai yang dimiliki oleh hubbyku...Layan jekkk...!!!!

No comments:

Post a Comment