30 June 2010

Detail Scan MFM di HKL (34w5d)

Salam semua,
Pagi tadi seawal 7.30pagi aku ngan Kodecq dah bertolak ke HKL untuk buat detail scan lagi. Nasib baik tak ramai orang. Aku orang yang ke-3 tunggu. So far, setakat ini baby aku dalam keadaan baik. Cyst aku masih ada lagi cuma tak mengganggu pembesaran bayi dalam perutku itu. Aku pun bertanya pada pakar tentang tarikh due aku. Ikutkan aku mahukan tarikh 26/7/2010 tapi memandangkan pakar kata aku boleh bersalin normal, maknanya harapan nak dapatkan tarikh bersalin tu agak kecewalah. Tapi tak kisahlah...kalau bersalin normal lagi bagus. Boleh aku ikat perut aku dengan bengkung untuk kembali slim (wahhh...slim ke selama ni? Ahaks...)

Lepas tu aku bertanya pada pakar lagi berapa berat anak aku sekarang. Beliau bagitahu berat baby sekarang adalah 2.9kg....Mak ai..!!! Beratnya!!! Patutlah aku makin susah nak bergerak sekarang. Huhuhuhu...Tapi pakar cakap itu kira normal sebab dah nak masuk 9 bulan dah. Berat normal mesti 3kg ke atas...Sabar ye, sayang! Tak lama je lagi sayang ibu akan keluar...Tak sabar nak tengok ayah & ibu ye...!!! Ibu pun tak sabar menunggu kelahiran sayang. Ayah pun sama...Kami sama2 tunggu sayang lahir ke dunia tak lama lagi...!!! (Sedihlah plak part ni....huhuhuhuhu...)

1 comment:

  1. The Dog House - Mapyro
    Located just minutes from the airport, 공주 출장샵 the 5,600-square-foot Dog House casino is the ultimate place 창원 출장샵 to play 거제 출장샵 casino games. The 20 table 청주 출장마사지 games include video 안동 출장샵 roulette, video keno,  Rating: 2.9 · ‎1,060 reviews

    ReplyDelete