13-18 April 2010 (6 hari)
Masa ni aku ikut mak balik JB untuk berehat. Naik keretapi malam Isnin sampai Jb selasa pagi. Sepanjang berada kat JB ni, aku memang relax habis. Bangun tidur pun mak aku yang kejutkan, siap ingatkan aku suruh cucuk insulin. Aku hanya makan, tidur, makan, tidur..tengok tv....dalam aircond...Memasak pun tak, semua mak aku yang buat...Wahhh...wahhh...wahhh...Yelahhh..aku balik JB pun sebab disuruh berehat...jadik semua keje mak aku yang tolong buatkan...Kalau teringin nak makan goreng pisang, abah yang belikan...Pendek kata, aku memang tak keluar rumah langsunglah... Mak aku risau aku kena gigit nyamuk petang-petang...Takut kena denggi sekali lagi...Anne plak kena buat overtime minggu tu, so memang tak dapat nak keluar pun..Lagipun aku sedih nak keluar sorang-sorang pasal hubby takde...Kesiannn dia...Tak terurus dia sepanjang aku takde... Makan minum dia pun tak terjaga....Sabtu tengahari hubby sampai JB nak ambil aku balik keesokannya....!
29 April 2010
Kita berjumpa lagi...
Assalamualaikum...
Lama betul aku tak update blog aku ni...Bukan takde cerita tapi ada beberapa masalah yang timbul sejak kebelakangan ini. Masalah yang aku sendiri tak terjangka. Perit kalau nak diceritakan. Rasanya masalah yang timbul tu tak payahlah aku nak ceritakan kat sini. Buat sakit hati dan kepala je....
Aku tak hilang ke mana-mana. Cuma sejak kandungan makin membesar ni badan dah makin 'malas'. Ditambah plak dengan masalah rumahtangga yang entah bila akan selesai. Aku mengharapkan perubahan demi perubahan yang akan dilakukan oleh suamiku sendiri.
BULAN MARCH
Sejak aku membuat pemeriksaan di Klinik Ibu Mengandung di Pantai Indah, aku telah didapati mempunyai kencing manis yang tinggi. Aku tak terkejut pun sebab aku memang menghidap penyakit itu sejak setahun yang lalu. Sebelum buat check up tu, aku memang tak makan dan minum langsung. Aku berharap dengan cara itu kandungan gula dalam darah aku normal. Tapi entah apa masalahnya, nurse kata tak dapat baca tah dengan air kencing aku. So, dia suruh aku makan dulu. Aku pun makanlah. Lepas tu je, naik teruslah gula aku. Terus kena refer ke HKL. Kat HKL, bacaan aku masih tinggi. Keesokkannya aku pun di masukkan ke dalam wad untuk dipantau.Duduk di wad dalam keadaan sihat memang menyeksakan. Aku bukan sakit pun. Cuma doktor nak memastikan kandungan aku selamat dan tahap gula aku di bawah yang di benarkan semasa mengandung.
Akhirnya masuk hari ke-4, aku dah mintak balik rumah. Tak sanggup dah aku nak 'lepak' kat dalam wad tu. Doktor tak bagi aku balik sebab masih nak pantau dos insulin aku. Tapi aku nak balik jugak. Risiko pun risikolah...Akhirnya, doktor pun takleh nak kata apa, lepas makan tengahari aku pun dapat balik. Legaaaa..!!
BULAN APRIL
Bulan ni pulak masalah lain plak yang timbul. Bila dah buat detail scan, ada plak sakit lain yang kena. Doktor yang scan tu jumpa CYST dalam OVARI sebelah kanan aku. Adalah dalam 5cm... Kemungkinan 0.001% adalah kanser atau ketumbuhan biasa...So, sekali lagi darah aku di ambil untuk di uji dalam makmal...Aku bertambah sedih dengan kemungkinan ini...Agak stress aku masa tu...Seminggu lepas tu aku pergi HKL lagi untuk ambil result darah aku tu. Alhamdullillah, doktor cakap bukan kanser...Lega rasa hatiku...Walaubagaimanapun, pakar telah menyuruh aku masuk wad untuk membuang cyst tersebut kerana sudah membengkak. Beliau menerangkan pada aku dan hubby tentang risiko pembedahan itu. Luluh hatiku mendengarnya kerana risikonya adalah aku mungkin kehilangan 'babyku' yang telah berusia 23 minggu tu. Tak dapat jugak aku menerima suratan takdir itu. Pada hari ahad 11 April yang lalu, aku sekali lagi masuk ke dalam wad Hospital Bersalin Kuala Lumpur untuk melakukan pembedahan yang dijangka pada hari Isnin (12/4/2010)...Pada pagi isnin yang hening itu, setelah kandungan gula dalam darahku agak stabil kerana aku berpuasa, aku berdoa agar SOMETHING MIRACLE muncul untuk mengelak pembedahan itu. Apa jua yang berlaku aku redha...walaupun sedih mengenangkannya. Ditemani hubby pada pagi itu, sekali lagi aku ditolak ke dalam bilik scan untuk mengetahui tahap cyst aku setakat mana. Dikelilingi oleh pakar-pakar Obstetriks, mereka berbincang dan memberikan kata putus. Akhirnya, seorang dari mereka memberitahu pembedahan aku di POSTPONE sehingga kandungan aku berusia 28 minggu. Alhamdullillah...syukurnya aku pada Allah masa tu. Doa aku termakbul. Pembedahan tidak jadi dilakukan saat kandunganku berusia 23 minggu. Aku menangis gembira pada waktu itu walaupun aku agak lemah kerana tidak makan apa2 dari malam tadi.
Kemudian pada hari itu juga aku dah boleh discharge dari wad...Macam mana pun, aku kena sentiasa buat check up di hospital untuk mengetahui tahap kesihatan aku....Akhirnya, aku balik bercuti di JB selama seminggu..Tinggallah hubby aku seorang diri di KL meneruskan kehidupannya...Huhuhuhuhu....!!!
25 February 2010
Makan Angin Di Melaka
14hb February 2010 hari tu aku ngan hubby makan angin ke Melaka. Dah lama rancang nak ke sana baru sekarang berkesempatan nak pergi. Kitorang balik hari je. Kuar rumah dalam pukul 10am. Biasalah musim cuti CNY kan Melaka punyalah sesak. Dahlah musim panas, dengan perut lapar susah jugak nak carik kedai makan melayu masa tu. Sampai je kat Banda Hilir terus dapat parking depan kedai makan. Fuhh...lega! Tak payah susah-susah nak cari kedai makan. Kedai makan tu pernah masuk WARUNG KITA kat Astro Prima dulu. Tapi punyalah ramai umat makan kat situ. Terkebil-kebil gak kitorang tengok orang makan tapi kitorang takde kerusi meja nak duduk. Last-last ambik keputusan tapau je kononnya nak makan dalam kereta. Tapi disebabkan dah terlalu lapar, tak sempat nak ambik gambar makan apa. Jumpa foodcourt satu lagi, makan kat situ terus...
Lepas makan, teruslah berjalan-jalan kat area situ. Dengan bawa perut yang berusia 4 bulan tu, aku gagahkan juga. Hehehehehe...Sememangnya Melaka sebuah negeri yang panas maka dengan itu, tekak ni asyik nak minum je. Sempat gak pi minum cendol Jam Besar kat situ. Kita layan je gambar-gambar ni...
Lepas makan, teruslah berjalan-jalan kat area situ. Dengan bawa perut yang berusia 4 bulan tu, aku gagahkan juga. Hehehehehe...Sememangnya Melaka sebuah negeri yang panas maka dengan itu, tekak ni asyik nak minum je. Sempat gak pi minum cendol Jam Besar kat situ. Kita layan je gambar-gambar ni...
Muka orang yang sudah kenyang....
Memulakan perjalanan..!
27 January 2010
Selamat Ulangtahun, Puan Nur Shuhadah!!!
'Happy birthday to me...happy birthday to me...happy birthday...happy birthday...happy birthday to me...'... Hehehehehe...hari ni hari jadi aku yang ke 28 tahun.. Makin berusialah nampaknya aku... Sekejap je usia dah menginjak ke angka 28...Aku tidak mengharapkan apa-apa hadiah dari insan tersayang. Ada hadiah dari suamiku tapi rahsia katanya. Mak aku pun dah beli hadiah dah. Tapi dah kantoi...Hadiahnya?? Adalah...dah serah nanti baru aku tunjukkan kat sini. Hadiah tu still kat JB lagi. Apa yang aku harapkan adalah Allah memberi aku kesihatan yang sebaiknya, memberi aku rezeki yang murah dan dikurniakan bayi yang sangat comel kepada kami...Mungkin itu adalah hadiah yang tersangat istimewa pada hari jadi aku pada tahun ini...
Ermmm... malam ni mungkin makan malam kat Bangsar Village western paling sedap kat situ... again...no cake disediakan pada aku... Kalau ada pun, beli sepotong kek dekat Secret Receipi (Cappucino Cheese Cake...my feveret taste...!!!!) udahle...itu pun belum tentu habis...!
Ermmm... malam ni mungkin makan malam kat Bangsar Village western paling sedap kat situ... again...no cake disediakan pada aku... Kalau ada pun, beli sepotong kek dekat Secret Receipi (Cappucino Cheese Cake...my feveret taste...!!!!) udahle...itu pun belum tentu habis...!
22 January 2010
Terlalu lama memerap...No storylah...!!!
Hye...semua...I'm back...Sorilah lama betul tak update blog ni. Adalah dalam sebulan lebih macam tu.Bukan apa cuma takde story yang best nak cite kat korang. Resepi pun dah lama tak masuk. Sebabnya tak masak masakan yang special pun sekarang. Sejak mengandung ni, mood memasak terus 'down' terus. Wekeend pun jarang-jarang masak. Entahlah, pembawakan budak agaknya.... Pulak tu selera makan jangan cakaplah... Aku timing sekarang 2@3 jam sekali mesti perut aku lapar balik. Selalunya waktu petanglah...Even dah lunch pukul 1pm. Tapi kalau pagi plak aku tak berapa nak selera. Maybe anak aku ni aktif waktu siang.. Betol tak tipu...! kadang2 kat opis pukul 3pm aku dah bancuh air @ susu...Menu aku untuk minum petang biskut lemak cicah air teh 'o'. Tak pun roti sapu ngan planta.. Malam plak, lepas maghrib terus carik kedai makan... Sekarang plak aku gian order NASI GORENG KAMPUNG PEDAS PUNYA & SUP CAMPUR.. memang sedap giler...selera ngan tekak aku...
10 December 2009
Terima kasih atas KurniaanMU...
Pertama sekali aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana setelah usia perkahwinan aku mencecah 1 tahun 4 bulan, aku menerima berita bahawa aku telah berbadan dua. Syukur yang teramat sekali... Alhamdulillah...!!!! Just nak berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kejadian ni aku kesan masa aku balik kampung. Aku sepatutnya period balik pada 26hb November. Disebabkan aku ni memang ontime je kalau period, hari tu aku dah rasa pelik. Sentiasa masuk toilet untuk check kalau-kalau ada pertumpahan darah berlaku. Sampai jek kat sana, aku ajak hubby aku pergi pasaraya untuk beli 'roti kering'.. Standby jelahkan kot-kot manalah tahu kuar malam tu...mana nak cekau??
Aku terus menghitung hari demi hari. Dalam hati ini timbul satu perasaan yang menakutkan jugak. Pelik...!!! Nak sedapkan hati sendiri, aku pun pergilah farmasi untuk beli pregnancy test. Balik rumah tu aku tak terus buatlah... Relax2 dulu...tengok nur kasih..Habis je Nur Kasih, aku terus menjalankan ujian kehamilan itu. Berdebar-debar rasa hati. Bila dah settle jek...aku terus bawak kit tu ke depan.. Aku panggil hubby aku. Aku suruh dia baca instruction dulu. Hubby aku tu kalau kelam kabut, English pun dia tak faham. Dia kena baca slow-slow dulu pas tu aku baru bagi dia tengok. Itupun setelah lebih dari 5 minit barulah dia faham instruction bagitahu. Lepas tu dia senyum-senyum...Aku dah takut dah...Aku tanya dia, macam mana? Dia kata ada dua line kat situ...Yahoooo....!!!! Akhirnya termakbul juga impian aku nak bergelar ibu akan datang..
Aku harap kandunganku akan sihat begitu juga dengan aku. Aku harapkan dengan kehamilan ini dapat menceriakan lagi rumahtangga aku dan dapat menyiapkan aku dan hubby untuk bergelar MAMA & PAPA tidak lama lagi...Amin!!!
Kejadian ni aku kesan masa aku balik kampung. Aku sepatutnya period balik pada 26hb November. Disebabkan aku ni memang ontime je kalau period, hari tu aku dah rasa pelik. Sentiasa masuk toilet untuk check kalau-kalau ada pertumpahan darah berlaku. Sampai jek kat sana, aku ajak hubby aku pergi pasaraya untuk beli 'roti kering'.. Standby jelahkan kot-kot manalah tahu kuar malam tu...mana nak cekau??
Aku terus menghitung hari demi hari. Dalam hati ini timbul satu perasaan yang menakutkan jugak. Pelik...!!! Nak sedapkan hati sendiri, aku pun pergilah farmasi untuk beli pregnancy test. Balik rumah tu aku tak terus buatlah... Relax2 dulu...tengok nur kasih..Habis je Nur Kasih, aku terus menjalankan ujian kehamilan itu. Berdebar-debar rasa hati. Bila dah settle jek...aku terus bawak kit tu ke depan.. Aku panggil hubby aku. Aku suruh dia baca instruction dulu. Hubby aku tu kalau kelam kabut, English pun dia tak faham. Dia kena baca slow-slow dulu pas tu aku baru bagi dia tengok. Itupun setelah lebih dari 5 minit barulah dia faham instruction bagitahu. Lepas tu dia senyum-senyum...Aku dah takut dah...Aku tanya dia, macam mana? Dia kata ada dua line kat situ...Yahoooo....!!!! Akhirnya termakbul juga impian aku nak bergelar ibu akan datang..
Aku harap kandunganku akan sihat begitu juga dengan aku. Aku harapkan dengan kehamilan ini dapat menceriakan lagi rumahtangga aku dan dapat menyiapkan aku dan hubby untuk bergelar MAMA & PAPA tidak lama lagi...Amin!!!
09 December 2009
Happy Birthday, My True Friend...
Hari Sabtu(5/12/2009) lepas segalanya tak dirancang. Kawan baik aku, Anne datang ke Kuala Lumpur dengan teman lelakinya untuk menyambut hari jadinya yang ke 27 pada 6/12/2009. Dengan tak merancang apa-apa, masing-masing buat keputusan untuk ke Bangsar makan western yang paling sedap kat situ.Tempat yang selalu aku makan dengan hubby aku. Seperti biasa, aku akan set CHICKEN CHOP BLACK PEPPER, hubby and bf Anne plak pilih LAMB CHOP BLACK PEPPER & Anne; birthday girl amik set BLACK PEPPER FILLET STEAK. Actually, Si Anne dah tersilap pilih. Dia ingat set yang dia amik tu set ikan. Last2 sampai daging steak. Terpaksa jugaklah dia makan slow2.. Nasib baik sedap.. Malam tu plak semua set nampak banyak giler. Aku plak selalunya nampak macam tak cukup tapi malam tu cam susah nak habis...Cuma aku punya jek yang bukan grill, so bila set datang semua berdesir2 panasnya...
2 orang sahabat baik...BFF
Persahabatan kami selama 14tahun++
Chicken Chop Black Pepper - its mine!!!
Sungguh menyelerakan...Yummy...yummy...!!!
Lamb Chop Black Pepper - hubby & BF anne punya...!!!
Black Pepper Fillet Steak - Besday Girl punya...!!!
Muka orang kekenyangan....!!!
Lepas dah makan tu, kitorang pun gerak plak pergi ke Danau Kota. Jalan-jalan ngan Anne & boyfriend dia best. Boyfriend dia pun tak kekok nak bergaul dengan kitorang. Cuma aku rasa sikit dizzy sebab ramai sangat orang malam minggu kat situ.(nanti aku cite kenapa aku rasa pening...)..Apa-apa pun Anne pun enjoy malam tu... BF dia hadiahkan kemeja dan seluar jeans pilihan Anne. Aku plak malam sebelum tu, dah belikan dia hadiah. Aku belikan dia selipar CROCS warna oren... I wish you happy birthday..Semoga cepat-cepat bertemu jodoh dengan Angah.....
*Aku nak bagi suggestion sesapa yang teringin nak makan western yang paling sedap, kat sinilah tempatnya. Area Bangsar bersebelahan dengan Bangsar Village 2. Nama kedai tu Station 1. Harga dia tak mahal jika korang bandingkan makan kat Kenny Rogers ke, TGI Friday's ke... Sos Black Pepper dia paling memikat hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)








