21 October 2009

Nasi Goreng Kampung Cukup Rasa

Pagi ni aku bangun awal sikit. Tengok ada nasi lebihan semalam tak habis, aku pun mulalah menggoreng. Malam tadi takde sapa yang makan. Dari membazir je nasi tu, baik aku goreng. Disebabkan hubby aku tu ada SINUS, maka nasi goreng ni takde belacan. Tapi aku gantikan dengan PERENCAH MAGGI CUKUP RASA...Sedap jugak! And lebih sedap dari kat kedai...Apa yang penting, garam tidak diperlukan. Begitu juga dengan PAK AJI sebab ramuan dia dah lengkap... Kalau korang nak try macam mana rasa pakai CUKUP RASA ni, layan jek resepi ni....Huhuhuhu...

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
Sedikit ikan bilis
Sedikit kacang panjang
Sedikit sayur kobis
2 biji telur
1 s/b PERENCAH MAGGI CUKUP RASA

Bahan tumbuk:
10 biji cili padi kampung
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dahulu dan angkat. Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan sayur-sayuran dan kacau.
2. Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacau. Masukkan PERENCAH MAGGI CUKUP RASA ke dalam kuali dan gaul lagi.
3. Akhir sekali, masukkan nasi sejuk yang telah di hancurkan ke dalam kuali. Kacau sebati dan tutup api. Taburkan ikan bilis yang digoreng. Sedia untuk di makan....!!!




Mee Goreng Macam-Macam Ada

Hehehehehe...janganlah gelak tengok tajuk kat atas tu. Sebenarnya bukan apa, ngah buntu tak tahu nak letak tajuk apa. Kebetulan plak bahan-bahan dalam mee ni pun aku letak boleh tahan banyaknya. Actually mee ni aku masak bulan puasa lepas. Sebab nak kongsi ngan korang, aku tepekkan kat sini resepinya... Rasanya.. mak ai..memang sedap...!!! Hubby aku yang tak suka makan mee pun berkali-kali menambah!!! Sedap sangatlah tu...

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning
200gm udang basah
200gm daging (hiris kecil)
1 paket fish ball (potong 4)
2 keping fish cakes (hiris nipis)
2 keping Tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
Sayur sawi
Taugeh
Tomato buah
Kicap manis
Kicap hitam
Sos tomato
Gula
Garam & Perasa

Bahan Kisar:
10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Setelah garing, masukkan daging dahulu supaya cepat empuk. Bila agak2 dah nampak daging kecut, barulah masukkan udang, hirisan fish ball & fish cakes.
2. Masukkan garam & perasa sedikit dahulu. Kemudian masukkan mee kuning, kicap manis, kicap hitam, sos tomato dan gula. Gaulkan sebati. Letak sedikit air supaya mee dan bahan-bahan lain dapat meresap.
3. Masukkan semua jenis sayuran ke dalam kuali. Gaulkan rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
4. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk di NGAPPP....!!!


Nilah hasilnya mee goreng macam-macam ada...!!!

20 October 2009

Popia Kentang Sardin

Ni salah satu my feveret kuih tak kira waktu apa pun. Bulan puasa ke, hari minggu ke,hari keje ke.. aku tetap suka..lagi2 kalau aku yang buat... Nak buat kuih nie pun senang.. Nak dan tak nak je...Ahaks..!!! Nak buat inti karipap pun best jugak. Tapi aku bab mengelim2 karipap ni memang FAIL... Ni ada resepi yang aku boleh kongsi kat korang...
Yang penting kita...ENJOYYYY...!!!!

Bahan-Bahan:
1 paket kulit popia besar(50pcs)
Sedikit tepung gandum
Sedikit air

Bahan Inti:
5 biji kentang sederhana - potong dadu
1 tin sardin (tin kecil) - lenyekkan
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari (optional)
Sedikit daun sup (optional)
Garam & perasa
Air secukupnya

Cara buat inti:
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga terbit minyak.
2. Masukkan kentang dan kacau. Masukkan air sama paras dengan isi kentang. Masak sehingga kentang jadi empuk (Petua: Jangan masuk garam dan perasa dulu sebab sardin sudah ada garamnya!!!)
3. Bila kentang sudah empuk, air dah kering barulah masukkan sardin yang dilenyekkan tadi. Rasakan garam dan perasa bila inti agak tawar. Masukkan daun sup. Keringkan inti sedikit lagi. Tutup api, angkat dan sejukkan inti.
4. Keluarkan kepingan kulit popia. Letakkan inti popia di tengah kulit popia dan gulung seperti biasa. Di hujung kulit, sapukan sedikit bancuhan tepung. Buat sehingga selesai.
5. Siap digoreng dan sesuai di makan bersama kopi O kaw...!!! Selamat mencuba...!!!


Popia ni kulit dia aku pakai small punya.. so dia jadik
herot sikit! Tapi rasa masih sedap....!!!


Time ni bulan puasa... masak mee sekali...!!! Mee plak
masa ni banyak betul rencah... Maveles...!!!

Daging Salai Cili Api

Dah terlanjur aku sekarang dah ada blog, saje je aku nak tepek resepi-resepi mana yang aku pernah torai... hehehehe...Baru-baru ni gi PD, aku masak DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API... berasap telingo kalau makan!

Bahan-bahan:
1/2kg daging lembu (disalai atas arang & di hiris halus)
30biji cili padi (kalau yang sedap, pakai yang kecik2 punya)
1 ulas bawang merah (tak pakai pun takpe!)
3 biji ubi kentang (dipotong 4)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (boleh ganti ngan 1sudu kecil kunyit serbuk)
2 batang serai
2 keping asam keping
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara memasak:
1. Cili padi, halia, kunyit dan bawang dikisar/ditumbuk. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan daging, kentang, asam keping, garam & serai yang telah di titik. Masukkan secawan air supaya bahan dapat menyerap ke dalam daging dan kentang cepat empuk.

2. Bila kentang hampir empuk, masukkan santan dan kacau lagi. Biarkan kuah pekat dan tutup api. Boleh dimakan bersama nasi panas....!!!

19 October 2009

Picnic Time....!

18/10/2009-8.30pm till 2.30pm
Hari ni kitorang semua plan pergi Port Dickson. Aku bangun seawal 5.30am untuk siapkan berbagai jenis makanan. Aku masak lauk Daging Salai Masak Lemak Cili Api, ikan kering & Popia Kentang Sardin. Malam tadi aku dah siapkan semua tinggal nak masakkan je.Selain tu, ada gak bawak kek lapis, kuih2 raya & karipap Nor plak bawak nasi, nugget, lauk ikan tenggiri masak kicap. Jajan mesti ada... Untuk budak2...Alaa.. mak budak yang bawak!

Sampai2 je, takde wakaf free. Semua orang dah booking. So, terpaksalah sewa kanopi RM35. Redah jelah... Janji ada tempat berlindung... Awal kitorang datang, air masih pasang lagi... Ombak pun kuat semacam je... Apalagi, bukaklah bekalan masing-masing... Dengan tak sarapan, ada yang makan nasi dulu. Sapa lagi, laki aku & Abg Dinlah... Aku plak membawa anak2 buah aku ke laut... Hehehehehe... air sejuk sgt... Tapi pagi2 nie orang tak ramai lagi. Yang si adik plak, menangis2 tak nak pergi ke tepi air. Melalak dan pucat giler muka dia... Apa da adik...!!! Tapi dia ada aktiviti dia sendiri... mengorek pasir.. dia kata nak carik harta karun... Hahahahaahahahaha... ketawa besar aku!!!

Aktiviti Affif Affnan - main ngan bola je...Ahaks!

bestnya cuci muka ngan air nie...!!!

Yehhoooo.... janji rockkk...!!!!

Gimme five....!!!!

Peace No War....!!!

Lepas tu, diorang ni semua naik banana boat... Diorang ajak aku.. Eii.. tak nak aku naik...!!! Takut siot... Dahlah bawak tengah2 laut sampai hujung pulau, pastu nanti boat tu dia terbalikkan tengah laut...Silap2 aku tak larat nak naik... Masa nie adik naik bot je. Adik, Feena & Cik Mat... Aku rela jaga beg jelah dari naik banana boat tu...


Standby nak meluncur nie...!!!

Muat ke life jacket tu, Nor??? Ahaks...!!!

Ready to ride....!!!! Aku je tak...!!!!

Ala2 je diorang nie... padahal penakut..!!!

So, aktiviti aku plak...sementara diorang semua atas laut, nilah aktiviti aku... Makan, minum, makan, minum dan bergambar sorang2...!!!

bersama suami tersayang... Cewaaahhhh....!!!!

seluas lautan Selat Melaka...!!!

Nyamannye...udara di sini...!!!

Lepas tu semua masing2 keletihan. Tidur sampai berdengkur... Tengoklah ni...Kalau ada sound visual, korang boleh dengar...


Selamat tidur...!!!!


Seminit di Warung Leman Dawi



Balik je dari PD semalam, singgah sekejap kat Seremban( Taman Tunku Jaafar).. Tiba2 je terasa nak makan cendol Leman Dawi...Malang sekali, masuk2 je dah nampak signboard "CENDOL HABIS"... Frustlah jugak.. Tapi park jugak kereta sebab nak ke toilet... Pastu aku g jugak kat meja kot2 dapat minum2 ke, dapat jumpa pakcik tu ke... Hehehehehe...nasib menyebelahi aku, ada gak cendol untuk 5 orang... Cendol Leman Dawi ni taklah special mana, cuma special dia boleh TAMBAH PERCUMA...!!! tak kiralah apa pun, cendol, gula, santan, ais... semua percuma... tapi aku dapat makan sekali jek... takde percuma pun  sebab dah LICIN TAKA (bak kata orang N9)... Aku apalagi, nak bergambar ngan Leman Dawi sangat.. Nah.. tengok nie...!!!!










16 October 2009

Majlis Rumah Terbuka 2009

11 Oktober 2009 12pm-8pm

Hari ni aku buat rumah terbuka kat Kelana Jaya. Hasil perbincangan dengan abg iparku, along dan yang lain-lain, akhirnya rumah terbuka ini berjaya dilaksanakan dengan meriahnya. Di khabarkan seramai 300 orang telah datang ke sana.. Fuhh.. penat jangan cakaplah.. Tapi melihat makanan yang habis, senang hati kami... semua makanan dipuji sedap. Antara menu yang dihidangkan adalah Laksa Johor(buatan along), Nasi ayam, Mee Kari(buatan Nur), Soto, Begedil, Kek Marble(buatan aku sendiri), lemang & sate(tempah), rendang(buatan mak)... Ermm..memang penuhlah atas meja..!!


**Antara menu yang dihidangkan**

Laksa Johor, Mee Kari, Ayam Goreng Berempah

Penuh satu meja kan?

Ada gak artis yang datang. Sempatlah aku bergambar ngan dia. Anak pelakon Zulkifli Zain & Nor Mala Omar tu...Norazazleen..Dia ngah sarat mengandung, tunggu hari jek nak bersalin je... Kawan2 aku dari Giant pun datang gak. Seronok gila... Si Suhaida pun datang gak.. Itupun setelah dipaksa datang...Kawan2 abg pun semua datang jugak...Orang-orang balai jangan cite.. Semua datang serbu... Seronok tengok diorang makan2... Bos Bukit Aman pun datang gak... Biarpun penat, tapi hati cukup gembira...
Bersama Norazazleen Zulkifli-Pelakon Dunia Baru

Nilah kawan aku yang aku paksa datang tu...
Miss Suhaida...Ahaks!

Abang Din dengan anak daranya..!


Along dengan anak daranya...!

Hehehehee... baru aku perasan.. Gambar laki aku takde pun dalam Galeri Rumah Terbuka ni...
Sori Hubby!!!...Terlupa amik gambar mue lah... Si Budak kecik tu time2 ni dia tidur...Lepas dah bangun, mulalah dia melalak...Huahuahuahuaahuahua...!!!