'Happy birthday to me...happy birthday to me...happy birthday...happy birthday...happy birthday to me...'... Hehehehehe...hari ni hari jadi aku yang ke 28 tahun.. Makin berusialah nampaknya aku... Sekejap je usia dah menginjak ke angka 28...Aku tidak mengharapkan apa-apa hadiah dari insan tersayang. Ada hadiah dari suamiku tapi rahsia katanya. Mak aku pun dah beli hadiah dah. Tapi dah kantoi...Hadiahnya?? Adalah...dah serah nanti baru aku tunjukkan kat sini. Hadiah tu still kat JB lagi. Apa yang aku harapkan adalah Allah memberi aku kesihatan yang sebaiknya, memberi aku rezeki yang murah dan dikurniakan bayi yang sangat comel kepada kami...Mungkin itu adalah hadiah yang tersangat istimewa pada hari jadi aku pada tahun ini...
Ermmm... malam ni mungkin makan malam kat Bangsar Village western paling sedap kat situ... again...no cake disediakan pada aku... Kalau ada pun, beli sepotong kek dekat Secret Receipi (Cappucino Cheese Cake...my feveret taste...!!!!) udahle...itu pun belum tentu habis...!
27 January 2010
22 January 2010
Terlalu lama memerap...No storylah...!!!
Hye...semua...I'm back...Sorilah lama betul tak update blog ni. Adalah dalam sebulan lebih macam tu.Bukan apa cuma takde story yang best nak cite kat korang. Resepi pun dah lama tak masuk. Sebabnya tak masak masakan yang special pun sekarang. Sejak mengandung ni, mood memasak terus 'down' terus. Wekeend pun jarang-jarang masak. Entahlah, pembawakan budak agaknya.... Pulak tu selera makan jangan cakaplah... Aku timing sekarang 2@3 jam sekali mesti perut aku lapar balik. Selalunya waktu petanglah...Even dah lunch pukul 1pm. Tapi kalau pagi plak aku tak berapa nak selera. Maybe anak aku ni aktif waktu siang.. Betol tak tipu...! kadang2 kat opis pukul 3pm aku dah bancuh air @ susu...Menu aku untuk minum petang biskut lemak cicah air teh 'o'. Tak pun roti sapu ngan planta.. Malam plak, lepas maghrib terus carik kedai makan... Sekarang plak aku gian order NASI GORENG KAMPUNG PEDAS PUNYA & SUP CAMPUR.. memang sedap giler...selera ngan tekak aku...
10 December 2009
Terima kasih atas KurniaanMU...
Pertama sekali aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana setelah usia perkahwinan aku mencecah 1 tahun 4 bulan, aku menerima berita bahawa aku telah berbadan dua. Syukur yang teramat sekali... Alhamdulillah...!!!! Just nak berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kejadian ni aku kesan masa aku balik kampung. Aku sepatutnya period balik pada 26hb November. Disebabkan aku ni memang ontime je kalau period, hari tu aku dah rasa pelik. Sentiasa masuk toilet untuk check kalau-kalau ada pertumpahan darah berlaku. Sampai jek kat sana, aku ajak hubby aku pergi pasaraya untuk beli 'roti kering'.. Standby jelahkan kot-kot manalah tahu kuar malam tu...mana nak cekau??
Aku terus menghitung hari demi hari. Dalam hati ini timbul satu perasaan yang menakutkan jugak. Pelik...!!! Nak sedapkan hati sendiri, aku pun pergilah farmasi untuk beli pregnancy test. Balik rumah tu aku tak terus buatlah... Relax2 dulu...tengok nur kasih..Habis je Nur Kasih, aku terus menjalankan ujian kehamilan itu. Berdebar-debar rasa hati. Bila dah settle jek...aku terus bawak kit tu ke depan.. Aku panggil hubby aku. Aku suruh dia baca instruction dulu. Hubby aku tu kalau kelam kabut, English pun dia tak faham. Dia kena baca slow-slow dulu pas tu aku baru bagi dia tengok. Itupun setelah lebih dari 5 minit barulah dia faham instruction bagitahu. Lepas tu dia senyum-senyum...Aku dah takut dah...Aku tanya dia, macam mana? Dia kata ada dua line kat situ...Yahoooo....!!!! Akhirnya termakbul juga impian aku nak bergelar ibu akan datang..
Aku harap kandunganku akan sihat begitu juga dengan aku. Aku harapkan dengan kehamilan ini dapat menceriakan lagi rumahtangga aku dan dapat menyiapkan aku dan hubby untuk bergelar MAMA & PAPA tidak lama lagi...Amin!!!

09 December 2009
Happy Birthday, My True Friend...
Hari Sabtu(5/12/2009) lepas segalanya tak dirancang. Kawan baik aku, Anne datang ke Kuala Lumpur dengan teman lelakinya untuk menyambut hari jadinya yang ke 27 pada 6/12/2009. Dengan tak merancang apa-apa, masing-masing buat keputusan untuk ke Bangsar makan western yang paling sedap kat situ.Tempat yang selalu aku makan dengan hubby aku. Seperti biasa, aku akan set CHICKEN CHOP BLACK PEPPER, hubby and bf Anne plak pilih LAMB CHOP BLACK PEPPER & Anne; birthday girl amik set BLACK PEPPER FILLET STEAK. Actually, Si Anne dah tersilap pilih. Dia ingat set yang dia amik tu set ikan. Last2 sampai daging steak. Terpaksa jugaklah dia makan slow2.. Nasib baik sedap.. Malam tu plak semua set nampak banyak giler. Aku plak selalunya nampak macam tak cukup tapi malam tu cam susah nak habis...Cuma aku punya jek yang bukan grill, so bila set datang semua berdesir2 panasnya...
2 orang sahabat baik...BFF
Persahabatan kami selama 14tahun++
Chicken Chop Black Pepper - its mine!!!
Sungguh menyelerakan...Yummy...yummy...!!!
Lamb Chop Black Pepper - hubby & BF anne punya...!!!
Black Pepper Fillet Steak - Besday Girl punya...!!!
Muka orang kekenyangan....!!!
Lepas dah makan tu, kitorang pun gerak plak pergi ke Danau Kota. Jalan-jalan ngan Anne & boyfriend dia best. Boyfriend dia pun tak kekok nak bergaul dengan kitorang. Cuma aku rasa sikit dizzy sebab ramai sangat orang malam minggu kat situ.(nanti aku cite kenapa aku rasa pening...)..Apa-apa pun Anne pun enjoy malam tu... BF dia hadiahkan kemeja dan seluar jeans pilihan Anne. Aku plak malam sebelum tu, dah belikan dia hadiah. Aku belikan dia selipar CROCS warna oren... I wish you happy birthday..Semoga cepat-cepat bertemu jodoh dengan Angah.....
*Aku nak bagi suggestion sesapa yang teringin nak makan western yang paling sedap, kat sinilah tempatnya. Area Bangsar bersebelahan dengan Bangsar Village 2. Nama kedai tu Station 1. Harga dia tak mahal jika korang bandingkan makan kat Kenny Rogers ke, TGI Friday's ke... Sos Black Pepper dia paling memikat hati.
01 December 2009
Perjalanan yang begitu menyeksakan...Erggghhh!!!
26 November 2009
Perjalanan balik raya haji ke Tanah Merah kali ini cukup menyeksakan. Mana taknye..dengan ketidakpuasan hati aku dipaksa balik ke sana dengan tak buat persiapan apa-apa. Baju pun main sumbat dua tiga helai jek. Baju kurung, tudung, telekung semua aku tak bawak. Cuti pun last minit mintak dari bos. Dalam kereta pun aku diam seribu bahasa. Proteslah kononnya... (memang protes pun...!!!).
Perjalanan kali ini memang menduga aku yang buat pertama kalinya balik dalam keadaan yang sungguh teruk. Bayangkan jammed dari simpang ke Bentong hinggalah masuk ke pekan bentong. Paling teruk sekali kat Jalan Lipis-Gua Musang... Adoii.. aku pun tak tahu apa masalah yang berlaku kat depan sana. Jalan sikit pas tu berhenti, jalan sikit pas tu berhenti.. Masak aku dalam kereta...Member hubby plak jenis tak nak pasang aircond... Berpeluh2 aku dalam kereta dia... Kiranye perjalanan kat situ slowlah...

Tengoklah ni...!!!
Berderet-deret pulang ke kampung...!!!
Jammed yang tidak diketahui puncanya...!!!
Black Pepper Chicken
Entry kali ni adalah lauk yang sangat simple. Taklah simple sangat. Sebab lauk ni 2 in 1.. Ayam dan sayur dicampur sekali. Tak payah pening2 nak masak lauk lain. Aceli, lauk malam tadi. Macam biasalah hubby aku kalau dengar lauk yang berkaitan black pepper je, dari tak lapar terus jadik lapar...!!! Boleh tambah nasi 2 pinggan tu...!!! Stok black pepper pun banyak, so aku masak yang ni jelah.. Ada gak ikan kembung goreng cicah ngan budu...
Bahan-bahan:
200gm isi ayam
2 sb serbuk lada hitam
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi (ikut suka nak pedas)*
1 sb tepung jagung(memekatkan kuah)
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
kacang panjang
karrot
putik jagung
Buah tomato (belah 4)
Cara memasak:
1. Tumiskan bahan * sehingga garing. Masukkan ayam dan sedikit air.
2. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, kicap hitam, garam dan aji kedalam kuali.Kacau rata.
3. Masukkan sayur-sayuran keras dahulu dan masak sehingga agak empuk.
4. Masukkan tomato dan tuangkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga kuah jadi pekat.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
18 November 2009
Jom tengok wayang - 2012
Fuyooo...!!! Macam mana nak aku gambarkan? Akhirnya malam tadi dapat jugak aku menonton wayang filem 2012 kat Sunway Pyramid bersama hubby aku. Tiket dah booking so tak payahlah risau nak beratur, just pi jek kat booking counter dan terus amik tiket. Lepas amik tiket tu kitorang pergi makan dulu kat KFC.. Yelah, kat Sunway tu mana restoran yang murah2.. Semuanya mahal2 belaka... Kitorang amik set jom jimat jek + Chezzy Wedges(my feveret snack kalau kat KFC...)... Memang jimat!!!!
Tapi yang kelakarnya kitorang dapat seat no 4 dari depan... Bengang pun ada... Tapi apakan daya, seat tak boleh pilih... itupun nasiblah dapat seat... Yang paling boring bila ada satu family tu siap bawak budak kecik.. Padahal filem ni dah diklasifikasikan sebagai PG13... tidak sesuai tontonan 12 tahun ke bawah... Bodoh betul family yang bawak tu... Tak pasal-pasal memekak jek dalam panggung tu... Aku rasa nak sound jek mak budak tu... Dia khayal tengok wayang tapi anak dia bising dia buat bodoh jek.... Geram sungguh!!!!
Filem kali ni benar-benar buat aku tersentak jiwa. Ketakutan melanda dalam diri aku sebaik saje kemusnahan berlaku. Rasa insaf serta merta... Menangis dalam diri melihat bencana 'End Of The Day' sekiranya berlaku pada suatu hari nanti. Subhanallah...!!!
Kisahnya mengenai seorang ahli Geologi yang bernama Adrian Hemsley telah pergi ke India pada tahun 2009 menemui satu kajian menunjukkan letusan matahari akan berlaku. Dia menganggarkan kerak bumi semakin nipis apabila tibanya tahun 2012 di mana dunia akan musnah pada tarikh 21 December 2012. Setiap pergerakan dalam kerak bumi telah diukur sejauh mana ianya akan meletus. Pelbagai usaha
di jalankan oleh kerajaan bagi memastikan bencana ini tidak berlaku. Sementara itu, penulis Jackson Curtis telah membawa anak2nya ke satu tempat di mana tempat itu adalah markas tentera. Akhirnya, pada tarikh 21/12/2012 telah berlaku bencana yang dasyat di seluruh dunia. Berlakunya gempa bumi berskala richter 9.4sr, tsunami di lautan dan gunung berapi meletus. Ramai pihak atasan cuba menyelamatkan orang2 kenamaan untuk dihantar ke negara China. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Jackson Curtis bersama keluarganya akan terselamat dari bencana itu? Dapatkah Adrian Hemsley menyelesaikan misinya itu?
Korang pilah sendiri tengok filem tu... Betapa tersentaknya jiwa korang bila menyaksikan filem ini... Aku sempat gak menoleh ke belakang panggung untuk melihat reaksi penonton dalam panggung itu. Semuanya begitu khusyuk sekali termasuklah hubby aku. Sampai dia tahan kencing tak nak keluar panggung...!!!Ahahahahakkss..!!!
Filem ni memang filem negara luar. Bukan aku nak mengagung2kan filem ni. Sekadar mengambil ikhtibar dan muhasabah diri mengenai cerita ini. Bayangkan diri kita apabila berada dalam suasana bencana seperti itu. Kita akan tahu kita akan kehilangan orang yang tersayang. Anak akan kehilangan bapa dalam sesuana yang cukup hiba. mengucapkan selamat tinggal yang pasti tidak akan berjumpa lagi... Kita fikirlah sendiri..!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)